awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mustafa Ali wajar letak jawatan - Mustapa

Bernama
Bernama
14/04/2013
15:37 MYT
Mustafa Ali wajar letak jawatan - Mustapa
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali wajar meletak jawatan dalam parti itu kerana isu video lucah yang dikaitkan dengan beliau membabitkan soal moral dan maruah parti pembangkang itu.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata lazimnya pemimpin politik yang berada dalam situasi serupa akan mengambil keputusan meletak jawatan.
"Yang lebih penting ialah perlu menjaga maruah parti," katanya ketika berucap pada program bersama warga peneroka Felda di Chiku Satu dekat sini, hari ini.
Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarbangsa dan Industri, berkata sebarang tuduhan mengaitkan Umno dengan isu itu adalah fitnah paling besar.
"Memang pemimpin pembangkang sukar menerima hakikat berhubung isu itu walaupun kita (Umno) tidak tahu menahu," katanya.
Sementara itu, Mustapa memuji sokongan kuat warga peneroka Felda Kelantan terhadap perjuangan Barisan Nasional (BN) dan berharap ia membantu membawa kemenangan kepada BN pada pilihan raya umum ke-13 di Kelantan.
Topic Berkaitan
#Mustafa Ali
#Mustapa Mohamed
#PAS
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan