NATIONAL
Mustahil Anwar tidak tahu kewujudan Titah Adendum - Hamzah

Hamzah (kanan) mendakwa adalah mustahil Anwar (kiri) tidak mengetahui tentang kewujudan Titah Adendum Diraja yang diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16.
KUALA LUMPUR: Adalah sesuatu yang mustahil Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengetahui kewujudan titah tambahan yang diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 membabitkan isu tahanan rumah Datuk Seri Najib Razak.
Ringkasan AI
- Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, menyatakan bahawa adalah mustahil Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak mengetahui kewujudan Titah Adendum Diraja yang diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16.
- Hamzah menegaskan bahawa sebarang tindakan menyembunyikan atau menafikan titah Agong merupakan penderhakaan besar kepada Raja dan negara.
- Keputusan Mahkamah Rayuan membuktikan wujudnya tindakan pihak tertentu yang sengaja menyembunyikan Titah Adendum, mengkhianati prinsip keterbukaan yang sepatutnya dijunjung oleh kerajaan.
Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut itu berkata, keputusan Mahkamah Rayuan pada Isnin itu membuktikan wujudnya tindakan pihak tertentu yang sengaja menyembunyikan Titah Addendum Yang di-Pertuan Agong, sekali gus mengkhianati prinsip keterbukaan yang sepatutnya dijunjung oleh kerajaan.
Sebelum ini, pasukan pembelaan Najib memberitahu Mahkamah Rayuan bahawa Titah Adendum yang membenarkan bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman penjara selama enam tahun di bawah tahanan rumah disembunyikan daripada umum.
Peguam utama, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan, perintah itu wujud dan ditandatangani sendiri oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami