awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mustahil saya nak suruh ahli DAP ubah mata pelajaran Sejarah - Teo

Firdaus Azil
Firdaus Azil
23/12/2018
06:32 MYT
Mustahil saya nak suruh ahli DAP ubah mata pelajaran Sejarah - Teo
Jawatankuasa Panel Pakar Rujuk Kurikulum Sejarah dan Buku Teks telah dibentuk pada tahun 2017 iaitu sebelum Menteri Pendidikan berkuat kuasa 2 Julai 2018
Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching pada Ahad menafikan dakwaan beliau merancang untuk mengubah subjek Sejarah sekolah rendah serta sekolah menengah milik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Cina.
Dalam satu kenyataan, Ahli Parlimen Pulai itu berkata, dakwaan yang tular di media sosial serta dipetik beberapa portal itu, adalah palsu dan tidak berasas sama sekali.
“Laporan sedemikian merupakan satu tindakan yang amat tidak bertanggungjawab dan cuba mempermainkan sentimen perkauman. Saya menyangkal berita tersebut sekeras-kerasnya dan memberi pihak tersebut menarik balik menggugurkan berita tersebut serta-merta.
“Sekiranya tidak, saya tidak akan teragak-agak untuk mempertimbangkan tindakan undang-undang kerana laporan sedemikian cuba memburukkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),“ kata beliau lagi.
Teo berkata, semakan semula bagi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah bermula pada tahun 2017 di mana KPM telah menambah baik kurikulum sedia ada untuk semua mata pelajaran.
Jelasnya lagi, Jawatankuasa Panel Pakar Rujuk Kurikulum Sejarah dan Buku Teks telah dibentuk pada tahun 2017 iaitu sebelum Menteri Pendidikan berkuat kuasa 2 Julai 2018, manakala KSSR (Semakan 2017) Buku Teks Sejarah bagi Tahun 4 pula telah selesai pada tahun 2017.
“Justeru, adalah mustahil bagi saya untuk campur tangan terhadap penggubalan dan semakan semula kurikulum Sejarah apatah lagi melantik mana-mana Team DAP atau NGO Cina untuk memasukkan input berkaitan dengan sejarah DAP,” katanya dalam kenyataan itu.
Topic Berkaitan
#Cina
#DAP
#Kementerian Pendidikan
#mata pelajaran Sejarah
#Media
#media sosial
#pendidikan
#Teo Nie Ching
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan