awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mustakim Mohamad dilantik Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH

Bernama
Bernama
29/04/2025
13:30 MYT
Mustakim Mohamad dilantik Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH
Pengarah Eksekutif Kewangan Kumpulan Lembaga Tabung Haji (TH) Mustakim Mohamad dilantik Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH yang baharu menggantikan Datuk Syed Hamadah Syed Othman. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pengarah Eksekutif Kewangan Kumpulan Lembaga Tabung Haji (TH) Mustakim Mohamad dilantik Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH yang baharu menggantikan Datuk Syed Hamadah Syed Othman.
Pelantikan Mustakim yang berkuat kuasa 6 Mei 2025 diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar hari ini.
Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam kenyataan memaklumkan Mustakim mempunyai Ijazah Sarjana dari Universiti RMIT di Australia dalam jurusan kewangan serta diiktiraf sebagai ahli Felo Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA).
Beliau telah berkhidmat hampir 20 tahun di TH merangkumi pelbagai bidang termasuk kewangan, pelaburan, perkhidmatan deposit dan operasi, serta teknologi maklumat dan keselamatan.
"Setinggi penghargaan juga diucapkan kepada Syed Hamadah yang akan tamat kontraknya pada 5 Mei 2025 setelah berkhidmat selama dua tahun sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan pelantikan Mustakim selari dengan falsafah TH untuk terus menerajui kecemerlangan dari setiap sudut demi manfaat para pendeposit termasuk mengurus cabaran beroperasi dalam keadaan pasaran global tidak menentu serta peningkatan kos perkhidmatan pihak ketiga seperti kos penerbangan, penginapan dan perubatan.
Menurut kenyataan itu pertimbangan dalam melantik tampuk kepimpinan yang berwibawa cukup penting memandangkan ciri-ciri TH yang berfungsi sebagai sebuah organisasi yang mengendalikan amanah yang besar.
"Pelantikan Mustakim adalah berasaskan pengalaman dan keupayaannya dalam merealisasikan wawasan TH ke peringkat seterusnya," menurut kenyataan itu.
Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memaklumkan kepimpinan baharu akan mengutamakan pendekatan proaktif dan inovatif untuk memastikan TH menjadi institusi Islam yang mampan dalam jangka panjang.
Sementara itu, TH dalam kenyataan memaklumkan peralihan kepimpinan mencerminkan kekuatan institusi itu dalam melahirkan bakat dalaman.
"Mustakim telah berkhidmat hampir dua dekad di TH dan diyakini mampu memikul tanggungjawab ini selari dengan usaha berterusan TH untuk menerajui kecemerlangan dari setiap sudut demi manfaat para pendeposit.
"Ahli-Ahli Lembaga Pengarah merakamkan penghargaan kepada Syed Hamadah atas jasa dan sumbangan beliau sepanjang tempoh dua tahun memikul tanggungjawab sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lembaga Tabung Haji
#Mustakim Mohamad
#Pengarah Urusan Kumpulan
#Ketua Pegawai Eksekutif TH
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan