awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Cuaca, kenderaan berat punca utama jalan rosak - Ahmad Maslan
MALAYSIA
Kaamatan, Gawai perkukuh semangat serumpun Sabah dan Sarawak - Hajiji
DUNIA
Zelensky anugerahkan Order of Liberty Ukraine kepada Presiden Poland Duda
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Muzium ruang belajar tidak formal berkesan untuk fahami sejarah - Saraswathy

Bernama
Bernama
28/06/2025
15:30 MYT
Sponsor Banner
Muzium ruang belajar tidak formal berkesan untuk fahami sejarah - Saraswathy
Saraswathy berkata ini kerana pelajar sekolah boleh belajar tanpa tekanan manakala pengunjung dapat memahami sejarah bukan hanya melalui fakta tetapi menerusi naratif, elemen visual dan pengalaman. - Gambar fail/Bernama
TAIPING: Muzium mampu menjadi ruang pembelajaran tidak formal yang amat berkesan terutamanya kepada pelajar sekolah.
Timbalan Menteri Perpaduan Negara Senator K. Saraswathy berkata ini kerana pelajar sekolah boleh belajar tanpa tekanan manakala pengunjung dapat memahami sejarah bukan hanya melalui fakta tetapi menerusi naratif, elemen visual dan pengalaman.
Beliau berkata pendekatan itu membolehkan pengetahuan disampaikan dengan lebih mendalam dan paling penting menyeronokkan.
"Lebih daripada itu, kita perlu melihat muzium sebagai rakan strategik masyarakat. Sebuah muzium moden mesti bergerak seiring dengan perkembangan komuniti.
"Saya berharap institusi ini akan membuka ruang kolaborasi dengan pelbagai pihak termasuk institusi pendidikan, pertubuhan bukan kerajaan, penggiat seni dan budaya, serta masyarakat umum.
"Melalui kolaborasi yang erat ini, kita dapat mencetuskan pelbagai program kreatif, memperluas capaian, dan memastikan peranan muzium terus relevan dan berpengaruh dalam kehidupan seharian masyarakat," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Fiesta Uniti @ Muzium Perak 2025 : Penyatuan Dalam Kepelbagaian yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia Datuk Kamarul Baharin A. Kasim di sini hari ini.
Dalam pada itu, Saraswathy berkata penganjuran Fiesta Uniti @ Muzium Perak 2025 membuktikan muzium bukan sekadar agensi kerajaan yang memelihara koleksi malah boleh berfungsi sebagai platform titik pertemuan antara ilmu, seni, budaya dan perpaduan.
"Melalui suasana harmoni, kita dapat menyemai nilai positif, saling menghormati, memahami dan membina kepercayaan antara kaum.
"Asas yang kukuh ini merupakan tunjang kepada kestabilan negara yang secara langsung memacu pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata penganjuran fiesta seperti ini menunjukkan contoh yang sangat baik bagaimana institusi permuziuman dapat memainkan peranan proaktif dan bermakna dalam menyokong Dasar Perpaduan.
Fiesta selam dua hari bermula hari itu menawarkan pelbagai aktiviti menarik antaranya pameran pakaian tradisional, alat muzik, dan perhiasan daripada pelbagai komuniti Malaysia, pertandingan lagu patriotik, demonstrasi mencanting batik, anyaman rotan serta pelbagai permainan tradisional.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#muzium
#permainan tradisional
#peranan proaktif
#Dasar Perpaduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami