awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

My #QuranTime 2.0 dijangka diteruskan dalam masa terdekat - Hussamuddin

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
27/09/2022
15:25 MYT
My #QuranTime 2.0 dijangka diteruskan dalam masa terdekat - Hussamuddin
My #QuranTime 2.0 akan menekankan kefahaman dan elemen hafalan selepas berjaya menguasai asas tajwid dan tadabbur al-Quran. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Bagi memantapkan lagi pemahaman terhadap kitab suci al-Quran, Program My #QuranTime dijangka diteruskan kepada siri kedua dalam masa terdekat.
Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, My #QuranTime 2.0 akan menekankan kefahaman dan elemen hafalan selepas berjaya menguasai asas tajwid dan tadabbur al-Quran.
Husammuddin berkata, My #QuranTime 2.0 akan melibatkan penonton bagi memastikan program berkenaan lebih interaktif.
"Sekarang ini asas tajwid kita sudah perkenalkan, asas tadabbur juga, jadi sekarang kita nak tekankan kepada pemahaman dan hafalan supaya apabila mereka membaca al-Quran, mereka akan cuba membaca sebaik mungkin... baca dengan betul dan menghafal surah pendek itu supaya mereka dapat amalkan dalam solat mereka.
"Apa yang kita harapkan solat mereka itu akan lebih berkualiti, apabila baca surah mereka dengan kefahaman," katanya semasa sidang media Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My # QuranTime 1.0 di Shah Alam pada Selasa.
Berbanding siri 1 yang mengambil masa kira-kira dua tahun setengah untuk selesai, My #QuranTime 2.0 dijangka dilaksanakan antara tujuh hingga lapan tahun.
Justeru, beliau berharap mereka yang mengikuti program itu sejak hampir tiga tahun lalu sudah mendapat kefahaman asas melalui 114 surah atau 604 halaman al-Quran dan bersama-sama menyertai My #QuranTime 2.0 tidak lama lagi.
Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 secara fizikal akan diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 8 Oktober ini.
Topic Berkaitan
#QuranTime
#QuranHour
#Hussamuddin Yaacub
#Al-Quran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan