KUALA LUMPUR: Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali menzahirkan penghargaan atas tindakan badan bukan kerajaan (NGO) Yayasan MyAQSA yang akan mengemukakan bukti kekejaman Israel di Palestin kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di The Hague, Belanda.
Dalam satu sidang media pada Jumaat, Walid berkata, Palestin melihat tindakan itu sebagai sebahagian daripada komitmen Malaysia untuk membela nasib rakyat mereka yang sedang melalui tindakan pembunuhan beramai-ramai atau genosid oleh rejim Zionis Israel.
Beliau berkata, dunia seharusnya melihat bahawa konflik yang berlarutan itu bukan semata-mata tentang agama, tetapi isu kemanusiaan yang memerlukan tindakan komuniti antarabangsa secara keseluruhan.
“Pihak Kedutaan bersama-sama MyAQSA, kami akan menyelaras dan bekerjasama serta cuba melakukan apa sahaja yang boleh kami lakukan bagi pihak Palestin dan rakyat Palestin yang menderita.
“MyAQSA telah melakukan kerja yang hebat dalam mengumpul semua bukti kekejaman, dan situasi ini juga sedang ditangani dengan serius oleh Kerajaan Malaysia, di mana ia telah dibincangkan dalam salah satu mesyuarat Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Jeddah baru-baru ini,” katanya lagi.
Pengerusi Pasukan Undang-undang MyAQSA Lukman Sheriff Alias dalam sidang media yang sama berkata, pihaknya telah menyediakan dosir yang lengkap dengan perincian berhubung kekejaman yang dilakukan Rejim Israel kepada populasi Palestin.
“Pasukan guaman kami akan berjumpa dengan Pendakwa Raya ICC di The Hague dalam masa terdekat untuk kami kemukakan dosir dan bukti berkenaan, dengan harapan ICC akan mempercepatkan pendakwaan terhadap rejim Zionis Israel.
“Kekejaman yang dilakukan mereka jelas merupakan jenayah pembunuhan beramai-ramai, jenayah terhadap kemanusian, dan jenayah perang seperti mana termaktub di bawah Statut Rome,” tegasnya lagi.
Lukman Sheriff berkata, Yayasan MyAQSA menggesa pihak Pendakwa Raya ICC untuk menggunakan kuasa mereka, seperti mana yang termaktub dalam klausa berkaitan, untuk memulakan tindakan ke atas Israel.
Dalam pada itu Walid berkata, Kerajaan Palestin amat terharu dengan sokongan tidak berbelah bahagi rakyat Malaysia berbilang bangsa.
“Kami berharap semua pihak dapat memahami bahawa perjuangan kami bukan berkisarkan agama, sebaliknya ia adalah perjuangan menentang Israel, bukan orang Yahudi. Di Palestin, termasuk di Jerusalem (Baitulmaqdis), orang Kristian dan Muslim sedang menderita.
“Kami sebagai orang Muslim dan Kristian berganding bahu, bersama-sama menentang Israel. Israel itu hanyalah sekadar satu pelaburan untuk Zionis, yang ditubuhkan untuk agenda politik. Mereka menceroboh dan cuba meyakinkan dunia bahawa mereka ada hak untuk menubuhkan negara. Itu semua sekadar propaganda,” tegasnya lagi.
Firdaus Azil
Fri Nov 03 2023
Menurut Walid, pihak Yayasan MyAQSA menggesa pihak Pendakwa Raya ICC untuk menggunakan kuasa mereka, seperti mana yang termaktub dalam klausa berkaitan, untuk memulakan tindakan ke atas Israel. - Foto Bernama
AWANI Ringkas: Lebih 39,000 pengundi tunai tanggungjawab
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Arsenal sudah atur perarakan julang trofi liga
Bakal juara musim Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2023/2024, Arsenal, sudah siap melakukan perancangan rapi untuk menjulang piala kejuaraan.
AWANI Ringkas: Susulan insiden letupan bom di Narathiwat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KKB Memilih: Hari penentuan siapa pilihan pengundi (Perkembangan setakat jam 12:00pm)
Wartawan Hasimi Muhamad melaporkan perkembangan terkini proses pengundian pilihan raya kecil Kuala Kubu Baharu.
Keputusan PRK KKB dijangka sekitar 9 malam ini
Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom berkata, pihaknya menjangkakan keputusan pagi PRK KKB akan diumumkan sekitar jam 9 malam ini. #AWANInews #PRKKKB
SPR jangka peratusan keluar mengundi PRK KKB capai 60 peratus
Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom berkata, lazimnya peratusan keluar mengundi di KKB sekitar 67 peratus, namun pada PRK kali ini, beliau jangka sebanyak 60 peratus secara realistiknya. #AWANInews #PRKKKB
Pentagon halang Rusia guna kelengkapan Starlink di medan perang
Kit Starlink masih boleh dibeli di Rusia walaupun ia tidak dijual secara rasmi. Akaun didaftarkan di bawah nama pengguna warga Eropah untuk mengelakkan ia dikesan.
Wanita maut kereta jatuh sungai di Kepala Batas
Bomba dapati sebuah Perodua Alza terjunam di dasar sungai dan terdapat seorang mangsa wanita berusia 40 tahun di dalamnya.
PRK KKB: Pengundi kembar terkejut jumpa dua Pang
Chan Sher Er dan Chan Sher Ni yang baru selesai mengundi jelas tidak menyangka akan dapat bertemu calon PH itu bersama kembarnya.
OpenAI anjur acara khas minggu depan, dipercayai bukan enjin carian atau GPT-5
Satu penawaran baharu akan diperkenalkan yang mungkin akan diminati ramai.
Kami mahu gencatan senjata kekal, kata Duta Palestin
Terus gesa masyarakat antarabangsa memberi tekanan kepada Israel supaya menghentikan pencerobohannya terhadap rakyat Palestin di Gaza.
Jenazah Dr Fadi akan dibawa pulang ke Gaza - Duta Palestin
Jenazah pensyarah dan imam Palestin, Dr Fadi Mohammed Al Batsh akan dibawa pulang ke Palestin untuk dikebumikan di atas permintaan keluarganya.