TEKNOLOGI internet menggunakan satelit Starlink membolehkan Ukraine melakukan serangan dron ke atas kedudukan tentera Rusia.

Dengan infrastruktur telekomunikasi konvensional Ukraine lumpuh selepas di bom Rusia, Starlink menjadi penyelamat khususnya di kawasan terpencil.

Namun begitu muncul laporan tentera Rusia juga menggunakan kelengkapan Starlink tanpa kebenaran.

Hari ini Pentagon mengeluarkan kenyataan telah berjaya menghalang Rusia daripada terus menggunakan perkhidmatan internet Starlink di medan perang.

Ini dilalukan menerusi bantuan Starlink dan Ukraine. Bagaimana halangan dilakukan adalah dirahsiakan bagi mengelakkan Rusia mencari cara lain untuk kembali menggunakan Starlink.

Kit Starlink masih boleh dibeli di Rusia walaupun ia tidak dijual secara rasmi. Akaun didaftarkan di bawah nama pengguna warga Eropah untuk mengelakkan ia dikesan.

Sejak halangan berjaya dilakukan Pentagon, muncul laporan pelanggan Starlink di Rusia merungut perkhidmatan internet mereka tidak lagi stabil walaupun duduk di luar zon konflik.

Teknologi Starlink dibangunkan untuk menawarkan internet kepada mereka yang selama ini tidak dapat mengakses internet pantas disebabkan oleh kekangan infrastruktur.

Tetapi kini teknologi untuk memajukan tamadun manusia ini telah digunakan untuk kemusnahan. Sama seperti teknologi Enrico Fermi kemudiannya diubah suai oleh Oppenheimer. -Amanz