awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MyAqsa Foundation akan serah bukti jenayah Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa

Bernama
Bernama
22/01/2025
14:21 MYT
MyAqsa Foundation akan serah bukti jenayah Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa
Walid Abu Ali (tiga, kiri) menyaksikan penyerahan bukti jenayah kekejaman daripada Prof Madya Mohd Hisham kepada Pengerusi Yayasan MyAqsa, Suwardi Yaacob, di UIAM hari ini. - Bernama
KUALA LUMPUR: Pertubuhan bukan kerajaan Malaysia, MyAqsa Foundation, akan menyerahkan bukti mengenai jenayah kekejaman yang dilakukan oleh rejim Israel di Palestin kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dalam masa terdekat.
Pengerusi dan Pengasas MyAqsa Foundation Suwardi Yaacob berkata bukti-bukti berkenaan dikumpulkan dengan kerjasama penyelidik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sejak serangan bermula pada 7 Oktober 2023.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media mengenai penyerahan bukti jenayah perang Israel kepada pejabat Pendakwa Raya ICC di UIAM, dekat sini, pada Rabu.
Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali yang turut hadir pada majlis itu memuji inisiatif MyAqsa, sambil berkata ia adalah yang pertama seumpamanya dilakukan dalam kalangan negara-negara dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
Beliau berkata bukti yang dikumpulkan akan menjadi tambahan kepada usaha masyarakat Palestin untuk membuktikan kepada institusi antarabangsa, Ketua Pendakwa Raya Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan ICC bahawa rakyat Palestin adalah mangsa genosid.
"Palestin berterima kasih dengan inisiatif untuk mengumpul semua bukti melalui lawatan ke Gaza dan kawasan-kawasan lain. Usaha sebegini berisiko dan sukar untuk dicapai," katanya dalam sidang media itu.
Sementara itu, UIAM dalam satu kenyataan berkata pihak universiti menyokong MyAqsa Foundation dalam misi ini dalam bentuk geran penyelidikan kepada lima ahli akademik dari Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim (fakulti) UIAM untuk menjalankan penyelidikan serta mengumpul dan menganalisis bahan serta maklumat penting, termasuk bukti berkaitan genosid, jenayah perang terhadap kemanusiaan dan jenayah pencerobohan di Palestin.
Senarai akhir dalam laporan itu mengenal pasti 110 individu sebagai pelaku jenayah berkenaan, menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, penyelidik-penyelidik yang terlibat ialah Prof Madya Mohd Hisham Mohd Kamal, Prof Farid Sufian Shuaib, Prof Abdul Ghafur Hamid, Prof Mohammad Naqib Eishan Jan dan Penolong Prof Dr Mohammed R.M. Elshobake. Mereka dibantu oleh tiga pelajar prasiswazah dari fakulti itu.
Semasa majlis itu, Farid Sufian menyerahkan laporan bukti yang dikumpul kepada Suwardi untuk diserahkan kepada ICC.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Israel
#genosid
#MyAQSA
#Palestin
#Gaza
#ICC
#Mahkamah Jenayah Antarabangsa
#UIAM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan