awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mydin Meru Raya beroperasi seperti biasa

Sinar Harian
Sinar Harian
17/02/2025
01:55 MYT
Mydin Meru Raya beroperasi seperti biasa
Keadaan di Pasar Raya Besar Mydin Meru Raya malam tadi selepas pihak bomba berjaya mengawal kebakaran yang memusnahkan 10 peratus papan tanda pasar raya tersebut. --fotoBERNAMA
IPOH: Pasar Raya Besar Mydin Meru Raya di sini yang mengalami kebakaran kecil pada malam tadi kembali beroperasi seperti biasa.
Dalam satu kenyataan, pengurusan Mydin Meru Raya memaklumkan, pengoperasian itu dilakukan selepas mendapat kebenaran dan kelulusan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Menurut kenyataan itu, kebakaran yang berlaku jam 8.38 malam tersebut, hanya insiden kecil membabitkan papan tanda luar bangunan.
"Dalam kejadian tersebut, semua pelanggan dan kakitangan berjaya keluar dengan selamat menerusi bantuan bomba serta petugas Mydin," katanya.
Sinar Harian melaporkan, kebakaran berlaku mengakibatkan pengunjung yang sedang membeli-belah di dalam pasar raya berkenaan cemas sebelum lari menyelamatkan diri.
Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dan anggota bomba yang tiba di lokasi mendapati papan tanda di luar bangunan itu terbakar dianggarkan sebanyak 10 peratus.
Pada 10 Mac tahun lalu, Pasar Raya Besar Mydin di Manjoi terbakar sehingga mengakibatkan berlaku runtuhan dinding pada bahagian kanan premis. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Ipoh
#mydin meru raya
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#papan tanda terbakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan