awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
Krisis politik Perlis: Wujud dalang, perlukan 'lampu ajaib' pastikan situasi tidak berjangkit - Penganalisis
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran Mydin Manjoi: Ameer Ali reda, syukur tiada kemalangan jiwa

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
11/03/2024
03:50 MYT
Kebakaran Mydin Manjoi: Ameer Ali reda, syukur tiada kemalangan jiwa
Mydin Mohamed Holdings Berhad menerima dengan penuh reda susulan kebakaran pasar raya besar Mydin di Manjoi, Ipoh, pada petang Ahad. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Mydin Mohamed Holdings Berhad menerima dengan penuh reda susulan kebakaran pasar raya besar Mydin di Manjoi, Ipoh, pada petang Ahad.
Menurut Pengarah Urusannya, Datuk Ameer Ali Mydin pihaknya melahirkan rasa kesyukuran susulan tiada kemalangan jiwa terlibat dalam kebakaran tersebut.
"Saya mewakili seluruh warga kerja Mydin Mohamed Holdings Berhad menerima ketentuan Allah SWT.
"Punca dan jumlah kerugian masih belum ditentukan. Pihak kami akan memaklumkan punca kebakaran setelah mendapat makluman daripada Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat.
"Pihak kami berharap tiada spekulasi atau berita palsu dikeluarkan mana-mana pihak susulan insiden kebakaran ini," katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.
Pada Ahad, Pasar Raya Besar Mydin di Manjoi, Ipoh mengalami kebakaran pada jam 6.45 petang.
Sehubungan itu, Ameer Ali merakamkan ucapan terima kasih kepada JBPM serta warga gugusan Manjoi atas usaha menyelamat dan memadamkan kebakaran tersebut.
"Kami mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang mendoakan kami dan saya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan kepada semua umat Islam," katanya.
Topic Berkaitan
#kebakaran Mydin Manjoi
#pasar raya Mydin terbakar
#Ameer Ali Mydin
#bomba Ipoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan