Mesyuarat Agung Khas myPPP pada Ahad memutuskan untuk meminda perlembagaan parti itu bagi membolehkan myPPP di Sabah dan Sarawak masing-masing berfungsi sebagai wilayah sendiri, tanpa campur tangan pentadbiran dari myPPP di Semenanjung.
Presiden parti Tan Sri M. Kayveas berkata di bawah pindaan perlembagaan itu myPPP di Sabah dan Sarawak akan mempunyai seorang naib presiden dan lima orang wakil sebagai anggota majlis tertinggi parti dan kedua-dua negeri itu akan menubuhkan jawatankuasa parti sendiri.
"Jadi kita (myPPP) pinda dalam perlembagaan kita untuk tambah lagi satu artikel bagi Sabah dan Sarawak sebagai satu 'region' - 'region' satu untuk Sarawak, 'region' dua (untuk) Sabah dan 'region' tiga Semenanjung Malaysia.
"Bukan myPPP masuk sana, tetapi mereka (rakyat Sabah dan Sarawak) yang mahu myPPP ke sana, myPPP sudah ada lama di sana, dalam lima atau enam tahun, tetapi strukturnya tidak betul dalam perlembagaan.
"Jadi kita pinda perlembagaan," katanya ketika ditemui media selepas mesyuarat tersebut di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Setakat ini myPPP di Sabah baharu sahaja dibentuk semula manakala myPPP di Sarawak mempunyai 67 cawangan, katanya.
Sementara itu, Kayveas berkata myPPP tidak punya isu berhubung persempadanan semula kawasan pilihan raya oleh kerana pilihan raya adalah mengenai kuasa rakyat mengundi.
"Anda boleh menandakan kawasan mengikut apa cara yang anda mahu, saya tidak teruja. Ini sama ada rakyat mengundi pihak sebelah sini atau sebelah sana," ujarnya.
Mengenai perkara lain, Kayveas berkata myPPP tidak akan membuat protes terhadap Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 yang dibentang oleh PAS di Dewan Rakyat baru-baru ini oleh kerana ia hanya menyentuh orang Islam.
Kepada satu soalan, Kayveas menyatakan kesediaannya untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 sekiranya diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN).
"Kalau dapat peluang, mengapa tidak? Kalau BN ada kerusi dan berpendapat saya perlu bertanding, saya boleh menang, tidak ada isu," katanya sambil memaklumkan myPPP telah bersedia menghadapi PRU Ke-14 pada bila-bila masa untuk memastikan kemenangan berpihak kepada BN. -- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 25 2016
Kayveas berkata myPPP tidak punya isu berhubung persempadanan semula kawasan pilihan raya oleh kerana pilihan raya adalah mengenai kuasa rakyat mengundi.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MyPPP intai lima kerusi pada PRU14
Parti Progresif Penduduk Malaysia (MyPPP) mengintai satu kerusi parlimen dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum akan datang.
Jangan terpedaya oleh politik ilusi pembangkang - PM Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata rakyat tidak harus sekali-kali terpedaya atau mempercayai politik ilusi pembangkang.
Parti komponen BN sahut gendang perang UMNO hadapi PRU
Parti komponen Barisan Nasional (BN) akan bersiap siaga menyahut gendang perang yang dipalu UMNO untuk bersatu merapatkan barisan bagi menghadapi dan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Deepavali harus disambut sederhana hormati insiden Hospital Sultanah Aminah - Kayveas
Presiden MyPPP, Tan Sri M. Kayveas berkata Deepavali perlu terus diraikan tetapi sedikit berbeza berbanding perayaan lepas.
myPPP pinda perlembagaan parti
Mesyuarat Agung Khas myPPP memutuskan untuk meminda perlembagaan parti itu bagi membolehkan myPPP di Sabah dan Sarawak masing-masing berfungsi sebagai wilayah sendiri.
MyPPP tolak Deklarasi Mahathir dan ikrar sokong kepimpinan Najib - Kayveas
MyPPP menegaskan rakyat Malaysia menerima semua program transformasi yang dibuat oleh Najib termasuk Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan tiada keperluan untuk meminta beliau berundur.
Waran antarabangsa untuk ekstradisi Clare Rewcastle Brown
Kerajaan Malaysia boleh memohon waran antarabangsa bagi mengekstradisi pengasas portal The Sarawak Report ke Malaysia, kata Tan Sri M. Kayveas.