awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MyPPP tolak Deklarasi Mahathir dan ikrar sokong kepimpinan Najib - Kayveas

Bernama
Bernama
13/03/2016
12:04 MYT
MyPPP tolak Deklarasi Mahathir dan ikrar sokong kepimpinan Najib - Kayveas
KAYVEAS: Kita tidak setuju dengan deklarasi yang dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad kerana ia adalah bersifat peribadi dan bukan mewakili semua rakyat Malaysia. - Gambar fail
Parti MyPPP hari ini sebulat suara menolak Deklarasi Mahathir dan berikrar menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional (BN).
Presidennya Tan Sri M.Kayveas berkata persetujuan tersebut dicapai melalui Mesyuarat Majlis Tertinggi parti yang dihadiri oleh semua ketua perhubungan negeri dan semua anggota majlis tertinggi parti itu.
"Kita tidak setuju dengan deklarasi yang dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad kerana ia adalah bersifat peribadi dan bukan mewakili semua rakyat Malaysia.
"Tiada undang-undang di negara ini yang menyatakan terdapat sistem yang mana jika tidak bersetuju maka boleh mewujudkan kumpulan dan mengambil tandatangan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi myPPP yang sebelum ini dikenali sebagai Parti Progresif Penduduk, di ibu pejabat parti di sini, hari ini.
Beliau turut menegaskan rakyat Malaysia menerima semua program transformasi yang dibuat oleh Najib termasuk Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan tiada keperluan untuk meminta beliau berundur.
Pada 4 Mac lepas, Dr Mahathir mengetuai kumpulan lebih 50 orang termasuk Lim Kit Siang daripada DAP dan Menteri Besar Selangor Datuk Mohamed Azmin Ali daripada PKR, memeterai deklarasi mahukan Najib disingkirkan sebagai perdana menteri.
BACA: Tun M, pemimpin pembangkang tandatangani 'Deklarasi Rakyat' desak Najib letak jawatan
Deklarasi itu turut ditandatangani bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dan bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#BN
#M. Kayveas
#MyPPP
#Najib Tun Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan