Skip to main content

Malaysia

MySihat Expo 2026 sasar 100,000 pengunjung, tawar saringan kesihatan percuma di MAEPS

MySihat Expo 2026 menyasarkan kehadiran 100,000 pengunjung menerusi penganjuran ekspo kesihatan, kesejahteraan dan gaya hidup bersepadu yang akan berlangsung di Dewan A, Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang bermula 9 hingga 11 Oktober ini.
MySihat Expo 2026 menyasarkan kehadiran 100,000 pengunjung menerusi penganjuran ekspo kesihatan, kesejahteraan dan gaya hidup bersepadu yang akan berlangsung di Dewan A, Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang bermula 9 hingga 11 Oktober ini.

Advertisement

SERDANG: MySihat Expo 2026 menyasarkan kehadiran 100,000 pengunjung menerusi penganjuran ekspo kesihatan, kesejahteraan dan gaya hidup bersepadu yang akan berlangsung di Dewan A, Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang bermula 9 hingga 11 Oktober ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Moonman Events, Boo Dickson berkata, ekspo yang menawarkan kemasukan percuma itu menghimpunkan tiga komponen utama iaitu pavilion perubatan dan kesihatan MySihat Expo, pameran industri wangian FRAGMANIA serta festival kulinari dan gaya hidup Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta.

Menurut beliau, konsep bersepadu itu diwujudkan bagi menyediakan platform sehenti kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat kesihatan, menjalani pemeriksaan kesihatan, menikmati makanan serta meluangkan masa bersama keluarga dalam suasana yang santai dan bermanfaat.

“Ekspo MySihat 2026 akan menempatkan kira-kira 200 reruai membabitkan hospital swasta, klinik dan rakan kecergasan seperti Decathlon, selain lebih 60 reruai jenama wangian terkemuka menerusi FRAGMANIA serta antara 30 hingga 50 gerai makanan tempatan di bawah Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta.

“Pengunjung juga berpeluang mendapatkan ujian saringan percuma dan konsultasi pakar daripada lebih 10 hospital swasta serta institusi kesihatan termasuk Institut Jantung Negara (IJN), KPJ Healthcare, UMSC, Avisena Specialist Hospital, Assunta Hospital dan ALTY Orthopaedic Hospital,” katanya.

Image
[TB]_CEO Moonman Events, Boo Dickson_Moonman Events
Boo Dickson berkata, ekspo yang menawarkan kemasukan percuma itu menghimpunkan tiga komponen utama iaitu pavilion perubatan dan kesihatan MySihat Expo, pameran industri wangian FRAGMANIA serta festival kulinari dan gaya hidup Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta.

MySihat Expo 2026 dianjurkan oleh Moonman Events bersama United Expo dan diuruskan oleh Events Mastery dengan sokongan strategik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) serta Tourism Malaysia.

Sementara itu, pengasas Raydiates Blue, Rayme Zainal Abidin berkata, Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta melengkapkan konsep ekspo berkenaan sebagai destinasi keluarga yang menggabungkan elemen makanan, rekreasi dan aktiviti komuniti dalam satu lokasi.

Katanya, segmen tersebut akan menawarkan pelbagai pilihan makanan tempatan selain kemudahan zon permainan kanak-kanak bagi membolehkan pengunjung menikmati pengalaman yang lebih menyeluruh sepanjang penganjuran ekspo itu.

Selain saringan kesihatan percuma, pengunjung turut boleh menyertai pelbagai aktiviti gaya hidup sihat seperti sesi zumba, yoga dan larian santai yang dijadual berlangsung sepanjang tiga hari program berkenaan.

Dalam pada itu, FRAGMANIA yang menghimpunkan lebih 60 jenama wangian tempatan dan antarabangsa turut menawarkan cabutan bertuah dengan hadiah utama sebuah kereta Mini Cooper kepada pengunjung yang membuat pembelian minimum RM150.

Penganjuran ekspo itu dijangka menjadi antara acara kesihatan dan gaya hidup terbesar negara tahun ini, dengan tumpuan terhadap usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penjagaan kesihatan serta kesejahteraan diri secara holistik.

Must Watch Video

Advertisement