awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Myvi dihanyut arus, nasib pemandu penumpang belum diketahui

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
03/09/2021
15:20 MYT
Myvi dihanyut arus, nasib pemandu penumpang belum diketahui
Pasukan SAR sehingga jam 10 malam tadi belum menemui kenderaan berkenaan serta pemandu dan penumpang terbabit. - Gambar/ Media sosial
KOTA KINABALU: Sebuah Perodua Myvi dihanyutkan arus deras ketika cuba meredah banjir berhampiran anak sungai di Jalan Kionsom Lama, Inanam di sini, petang tadi.
Dalam kejadian sekitar jam 6 petang itu, kenderaan berkenaan dikatakan dinaiki dua individu yang didakwa sempat menyelamatkan diri.
Bagaimanapun, pihak berkuasa yang melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sehingga jam 10 malam tadi belum menemui kenderaan berkenaan serta pemandu dan penumpang terbabit.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima panggilan kecemasan pada jam 6.01 petang.
Katanya, pasukan bomba yang menggunakan Lori Hicom BHX 619 kemudiannya dikerah ke lokasi kejadian bagi mengesan mangsa.
“Setakat ini, pasukan bomba belum menerima sebarang laporan sama ada mangsa dan kenderaan sudah ataupun belum ditemui.
“Terdapat laporan di media sosial yang mendakwa mangsa sudah ditemui. Bagaimanapun belum ada maklumat sahih, justeru SAR giat dijalankan untuk mengesan mereka," katanya.
Terdahulu, detik cemas kejadian itu sempat sempat dirakam oleh pemandu yang berada di belakang kenderaan berkenaan sebelum ditularkan di media sosial.
Sumber Facebook mysabahinfo
Topic Berkaitan
#Myvi
#banjir
#Inanam
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan