awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MyWatch buat laporan SPRM terhadap Ketua Polis Negara

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
18/08/2016
07:14 MYT
MyWatch buat laporan SPRM terhadap Ketua Polis Negara
Pengerusi MyWatch Datuk R. Sri Sanjeevan hari ini membuat laporan kepada SPRM terhadap Ketua Polis Negara di Putrajaya - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Pengerusi Badan Bertindak Pemerhati Jenayah (MyWatch) Datuk R. Sri Sanjeevan hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkenaan satu dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) syarikat Unggul Shooting Academy Sdn Bhd.
Syarikat tersebut dakwa Sanjeevan, dimiliki oleh abang kepada Tan Sri Khalid, iaitu Datuk Abdullah Abu Bakar serta tiga pengarah lain.
"Kami mahu SPRM menyiasat jika wujud sebarang konflik di dalam kelulusan lesen kepada syarikat tersebut. Adakah lesen kepada Unggul Shooting Academy Sdn Bhd ini diluluskan oleh Tan Sri Khalid sendiri dan adakah mereka ini telah diberikan sebarang kontrak kerajaan
"Dalam masa yang sama, kami menyeru agar SPRM menyiasat dari mana datangnya modal berbayar sebanyak RM400,000 seperti yang tertera dalam dokumen SSM syarikat berkenaan," katanya kepada media selepas membuat laporan di Pejabat SPRM di sini hari ini.
Dakwa Sanjeevan, syarikat tersebut didaftarkan pada 1 November 2013 iaitu enam bulan selepas Tan Sri Khalid memegang jawatan Ketua Polis Negara.
"Kami juga mahu satu siasatan ke atas syarikat senjata api Nilai Arms & Ammunitions Sdn Bhd (NAA) yang dimiliki anak perempuan Tan Sri Khalid, sama ada mempunyai sebarang hubungan di antara kedua-dua syarikat tersebut," katanya.
Sanjeevan turut memberitahu bahawa beliau bakal mendedahkan bukti berbentuk video kepada media bulan hadapan, mengenai salah laku rasuah yang didakwa dilakukan Tan Sri Khalid.
Topic Berkaitan
#MyWatch
#SPRM
#Sri Sanjeevan Ramakrishnan
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan