awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TO CHECK] Cadangan isu rumah Ibadat harus melalui saluran tepat tanpa ganggu ketenteraman awam - Polis KL
Ibu bapa perlu ambil peranan kawal penggunaan internet anak-anak - Fahmi
Polis tahan lelaki didakwa kejar gadis dengan pisau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nabi Muhammad dihina, sikap berdiam diri Kerajaan Malaysia memalukan - Pejuang Muda

Firdaus Azil
Firdaus Azil
07/06/2022
07:37 MYT
Nabi Muhammad dihina, sikap berdiam diri Kerajaan Malaysia memalukan - Pejuang Muda
Abu Hafiz berkata, sungguhpun tindakan terhadap kedua-dua individu yang terlibat dalam penghinaan terhadap Nabi Muhammad telah diambil, ia masih belum memuaskan hati banyak negara Islam kerana dianggap tidak bersifat punitif dan mencukupi.
KUALA LUMPUR: Kenyataan jurucakap rasmi Bharatiya Janata Party (BJP), Nupur Sharma yang menghina Nabi Muhammad SAW. dan isteri baginda, Saidatina Aishah RA adalah biadab, dan keterlaluan, kata Dr Abu Hafiz Salleh Hudin.
Ketua Pejuang Muda Malaysia itu berkata, ia termasuk tulisan di Twitter oleh Naveen Kumar Jindal, pemimpin BJP Delhi yang menyokong penghinaan tersebut.
Abu Hafiz berkata, tindakan mereka yang mewakili BJP adalah perkara yang boleh dijangka dan bukanlah sesuatu yang tidak pernah terjadi sebelum ini.
“BJP yang menguasai parti pemerintah India dan dipimpin Perdana Menteri, Narendra Modi terkenal dengan beberapa polisi dan kenyataan berterusan yang dilihat sangat anti-Islam di peringkat Pusat dan Negeri.
“Negeri-negeri yang dikuasai BJP seperti di Karnataka yang diketuai Ketua Menteri dari BJP, Basavaraj Bommai telah bertindak mengharamkan pemakaian tudung oleh para pelajar Muslimah di kampus dan bangunan pendidikan,” katanya lagi.
KEBIADAPAN JURUCAKAP BJP MENGHINA NABI MUHAMMAD S.A.W. & KETIADAAN RESPON TEGAS MALAYSIA pic.twitter.com/r3L3BHwaSR
— Dr. Abu Hafiz (@abuhafiz1) June 7, 2022
Abu Hafiz berkata, sungguhpun tindakan terhadap kedua-dua individu yang terlibat dalam penghinaan terhadap Nabi Muhammad telah diambil, ia masih belum memuaskan hati banyak negara Islam kerana dianggap tidak bersifat punitif dan mencukupi.
Tegasnya lagi, Qatar, Kuwait, Iran dan beberapa negara lain telah menerbitkan Nota Bantahan Diplomasi dan memanggil Duta India untuk mendapatkan penjelasan terhadap hal tersebut.
“Pejuang Muda Malaysia ingin mendesak Wisma Putra dan Kerajaan Malaysia menggerakkan tindakan diplomatik sebagai tanda kutukan keras dari Malaysia bagi mempertahankan kesucian kedudukan Baginda Nabi Muhammad SAW.
“Ketiadaan sebarang respon rasmi dan segera dari Kerajaan Malaysia setelah beberapa hari isu ini meletus di peringkat antarabangsa adalah sangat mendukacitakan dan memalukan,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Pejuang Muda
#Abu Hafiz
#Nabi Muhammad dihina
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan