KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman hari ini mendedahkan 'misi gila' membawa pulang keluarganya yang terperangkap di Gaza, sejak perang tercetus pada 7 Oktober tahun lalu.
Menerusi kemas kini di laman Facebook, Muhammad Nadir yang terpisah dengan isteri dan tujuh anaknya berkata, misi menyelamat tersebut bermula selepas beliau diberi peluang bertemu 'watak utama' di Masjid Shah Alam, Selangor, kira-kira sebulan lalu.
Walaupun pada mulanya beliau berkata 'hatinya luluh' dengan reaksi daripada 'watak utama' terbabit, tetapi siapa sangka individu berkenaan secara diam berunding membawa pulang keluarganya yang terkandas di Rafah.
Tanpa berselindung, Muhammad Nadir berkata watak utama dalam 'misi gila' berkenaan ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Sehari sebelum Aidilfitri, saya dihubungi Setiausaha Politik Perdana Menteri, Farhan Fauzi, watak penting yang mengusahakan misi ini.
"Sejak awal peperangan beliaulah yang kerap menjemput kami ke pejabatnya di Putrajaya dan selalu menghubungi kami bertanyakan keadaan keluarga dan perkembangan di Gaza.
"Kali ini nadanya berbeza, agak serius dan beliau memaklumkan kami untuk datang ke satu lokasi khas. Saya dan Dr Ahmad Sani Abdul Alim Araby (Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAPIM) saja dibenarkan ke sana! Allahuakbar. Ada apa pula ini?
"Saat sampai ada kenderaan hitam menanti. Risau juga macam dalam movie. Alangkah terkejutnya saya saat pintu dibuka, saya diterpa anakanda yang selalu hadir dalam mimpi sekian malam. Air mata seorang ayah sudah bertakung tak mampu menahan kerinduan," katanya dalam kenyataan tersebut pada Isnin.
'MISI GILA'
Kongsi Muhammad Nadir lagi, misi berkenaan digelar sebagai 'misi gila' kerana bukan mudah untuk mengeluarkan keluarganya ketika bedilan roket dan hentaman bom bertali-arus, selain ketegangan berlanjutan di sempadan.
"Namun secara senyap pemimpin negara menghubungi pihak sana. Ternyata diplomasi insani ini jauh lebih berkesan daripada kaedah yang lain.
"Prosesnya cepat, teratur dan lancar walaupun penuh dengan 1001 cabaran tersirat. Kisahnya akan keluar satu demi satu tetapi tak semua saya berhak untuk kongsikan," ujarnya lagi.
Dalam masa sama, beliau berkata tindakan Anwar menghalang kemasukan kapal milik Israel ke pelabuhan negara, ketegasan menyatakan sokongan kepada Hamas dan pendirian Malaysia di Jerman baru-baru ini, menjadikan nama negara disebut-sebut dalam kalangan masyarakat dan peringkat antarabangsa.
"Semoga kita terus bersatu membela nasib saudara kita, dan berani mengiringi kata-kata dengan langkah di alam nyata.
"Untuk Perdana Menteri, Pejabat Perdana Menteri, Dr Sani dan semua pihak yang menjayakan usaha ini, sama ada secara langsung mahupun mendoakan, kami sekeluarga mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga," tambahnya.
Hasimi Muhamad
Mon Apr 15 2024
Muhammad Nadir mendedahkan Anwar Ibrahim (gambar) menjadi 'watak utama' dalam 'misi gila' tersebut - Foto/Facebook Nadir
Malaysia manfaat platform WEF untuk suarakan kesepakatan negara-negara Islam
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan pertemuannya dengan pemimpin negara Islam bagi menyuarakan harapan agar keganasan di Gaza dihentikan.
'Geng Bob' tumpas, lima ditahan disyaki edar dadah
Kesemua suspek yang mempunyai pertalian keluarga dan aktif mengedar dadah antara enam hingga lapan bulan lalu itu ditahan jam 10.50 malam.
Anwar bertemu PM Qatar, zahirkan kesediaan Malaysia beri rawatan kepada rakyat Palestin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar kepada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani pada pertemuan dua hala.
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Nadir dedah 'Misi Gila' bawa balik keluarga dari Gaza, bantuan 'watak utama'
Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman hari ini mendedahkan 'misi gila' membawa pulang keluarganya yang terperangkap di Gaza, sejak perang tercetus pada 7 Okt.