KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman hari ini mendedahkan 'misi gila' membawa pulang keluarganya yang terperangkap di Gaza, sejak perang tercetus pada 7 Oktober tahun lalu.
Menerusi kemas kini di laman Facebook, Muhammad Nadir yang terpisah dengan isteri dan tujuh anaknya berkata, misi menyelamat tersebut bermula selepas beliau diberi peluang bertemu 'watak utama' di Masjid Shah Alam, Selangor, kira-kira sebulan lalu.
Walaupun pada mulanya beliau berkata 'hatinya luluh' dengan reaksi daripada 'watak utama' terbabit, tetapi siapa sangka individu berkenaan secara diam berunding membawa pulang keluarganya yang terkandas di Rafah.
Tanpa berselindung, Muhammad Nadir berkata watak utama dalam 'misi gila' berkenaan ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Sehari sebelum Aidilfitri, saya dihubungi Setiausaha Politik Perdana Menteri, Farhan Fauzi, watak penting yang mengusahakan misi ini.
"Sejak awal peperangan beliaulah yang kerap menjemput kami ke pejabatnya di Putrajaya dan selalu menghubungi kami bertanyakan keadaan keluarga dan perkembangan di Gaza.
"Kali ini nadanya berbeza, agak serius dan beliau memaklumkan kami untuk datang ke satu lokasi khas. Saya dan Dr Ahmad Sani Abdul Alim Araby (Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAPIM) saja dibenarkan ke sana! Allahuakbar. Ada apa pula ini?
"Saat sampai ada kenderaan hitam menanti. Risau juga macam dalam movie. Alangkah terkejutnya saya saat pintu dibuka, saya diterpa anakanda yang selalu hadir dalam mimpi sekian malam. Air mata seorang ayah sudah bertakung tak mampu menahan kerinduan," katanya dalam kenyataan tersebut pada Isnin.
'MISI GILA'
Kongsi Muhammad Nadir lagi, misi berkenaan digelar sebagai 'misi gila' kerana bukan mudah untuk mengeluarkan keluarganya ketika bedilan roket dan hentaman bom bertali-arus, selain ketegangan berlanjutan di sempadan.
"Namun secara senyap pemimpin negara menghubungi pihak sana. Ternyata diplomasi insani ini jauh lebih berkesan daripada kaedah yang lain.
"Prosesnya cepat, teratur dan lancar walaupun penuh dengan 1001 cabaran tersirat. Kisahnya akan keluar satu demi satu tetapi tak semua saya berhak untuk kongsikan," ujarnya lagi.
Dalam masa sama, beliau berkata tindakan Anwar menghalang kemasukan kapal milik Israel ke pelabuhan negara, ketegasan menyatakan sokongan kepada Hamas dan pendirian Malaysia di Jerman baru-baru ini, menjadikan nama negara disebut-sebut dalam kalangan masyarakat dan peringkat antarabangsa.
"Semoga kita terus bersatu membela nasib saudara kita, dan berani mengiringi kata-kata dengan langkah di alam nyata.
"Untuk Perdana Menteri, Pejabat Perdana Menteri, Dr Sani dan semua pihak yang menjayakan usaha ini, sama ada secara langsung mahupun mendoakan, kami sekeluarga mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga," tambahnya.
Hasimi Muhamad
Mon Apr 15 2024
Muhammad Nadir mendedahkan Anwar Ibrahim (gambar) menjadi 'watak utama' dalam 'misi gila' tersebut - Foto/Facebook Nadir
Jemaah menteri wakil satu kampung: Perlu perincian agar pelaksanaan berkesan - Nancy
Seruan Anwar yang meminta Jemaah Menteri dan ketua-ketua jabatan mewakili sebuah kampung agar masalah disalurkan secara terus kepada platform yang tepat merupakan inisiatif baik.
AWANI 7:45 [07/05/2024] - Buru dalang simbah asid | Pokok tumbang ragut nyawa | JDT lawan Selangor | 110 kontena Malaysia ke Gaza
#AWANI745 malam ini bersama Essan Yahya;
- Serangan asid, Faisal Halim kritikal, seorang lagi suspek direman
- Pokok gergasi tumbang, seorang maut, seorang parah
- JDT lawan Selangor, Piala Sumbangsih tetap berjalan, polis beri amaran elak provokasi
- Misi bantuan kecemasan, PM dijangka ke sempadan Rafah bulan depan
- Serangan asid, Faisal Halim kritikal, seorang lagi suspek direman
- Pokok gergasi tumbang, seorang maut, seorang parah
- JDT lawan Selangor, Piala Sumbangsih tetap berjalan, polis beri amaran elak provokasi
- Misi bantuan kecemasan, PM dijangka ke sempadan Rafah bulan depan
AWANI Ringkas: Polis kesan pemilik akaun timbul kebencian
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dasar Pengurusan Bencana Negara akan disemak semula - Ahmad Zahid
Dasar Pengurusan Bencana Negara akan disemak semula bagi meningkatkan daya tahan serta mengukuhkan kesiapsiagaan dan keupayaan negara dalam menguruskan bencana dengan lebih baik.
AWANI Ringkas: Bayi maut, jangkitan kuman di rumah pengasuh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mercun, bunga api bernilai RM854,000 dirampas
Polis merampas 427 kotak mengandungi pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM854,000 dalam satu serbuan di sebuah gudang di kawasan perindustrian Taman Scientex Senai di Kulai, Ahad lepas.
Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama tekankan tanggungjawab, peranan pemimpin
Fahmi menyifatkan persidangan itu sebagai satu acara terbaik dalam menekankan tanggungjawab dan peranan ketua agama terhadap masyarakat.
Ubah stigma negatif terhadap penagih dadah - Wan Azizah
Stigma negatif terhadap penagih dadah perlu diubah bagi membolehkan golongan itu tampil mendapatkan rawatan dan bantuan profesional untuk pulih daripada penagihan.
Dron "GAZA" buatan Iran jadi tumpuan di DSA
Replika dron buatan Iran, Shahed-149, mencuri tumpuan pengunjung di Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024.
Pasaran getah ditutup tinggi, jejaki pasaran serantau
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi pada Selasa, disokong oleh aliran menaik dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Nadir dedah 'Misi Gila' bawa balik keluarga dari Gaza, bantuan 'watak utama'
Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman hari ini mendedahkan 'misi gila' membawa pulang keluarganya yang terperangkap di Gaza, sejak perang tercetus pada 7 Okt.