awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jemaah menteri wakil satu kampung: Perlu perincian agar pelaksanaan berkesan - Nancy

Bernama
Bernama
07/05/2024
14:27 MYT
Jemaah menteri wakil satu kampung: Perlu perincian agar pelaksanaan berkesan - Nancy
Nancy berkata kriteria berkenaan perkara itu dijangka dinyatakan oleh Anwar dalam mesyuarat Kabinet esok sebelum sebarang maklum balas mengenai pendekatan itu dapat dibuat. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Seruan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta Jemaah Menteri dan ketua-ketua jabatan mewakili sebuah kampung agar masalah disalurkan secara terus kepada platform yang tepat merupakan inisiatif baik, namun perlu perincian agar pelaksanaan lebih berkesan.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata kriteria berkenaan perkara itu dijangka dinyatakan oleh Anwar dalam mesyuarat Kabinet esok sebelum sebarang maklum balas mengenai pendekatan itu dapat dibuat.
"Mungkin esok mesyuarat Kabinet akan dinyatakan (cadangan itu) dan dapat melihat kriteria supaya dapat memberi maklum balas sama ada itu cara terbaik," katanya kepada media selepas majlis Jalinan Kasih Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersama kumpulan sasar di sini hari ini.
Nancy berkata inisiatif seumpama itu telah bermula melibatkan ketua setiausaha (KSU) kementerian menerusi program Satu KSU Satu Kampung dan cadangan berkenaan kini diperluas kepada Jemaah Menteri dan ketua-ketua jabatan, namun perlu perbincangan lanjut memandangkan ia merupakan usaha baik.
Semalam, Perdana Menteri dalam perhimpunan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) meminta menteri-menteri dan ketua-ketua jabatan segera mengemukakan nama kampung yang diwakili agar masalah keciciran dan pengganguran dapat ditangani secara berkesan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPWKM
#kumpulan sasar
#nama kampung
#inisiatif baik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan