Perbadanan Labuan, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) akan mengadakan latih amal sistem amaran awal tsunami pada Sabtu, 13 Mei.

Latihan itu akan diadakan sekitar jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari di Wilayah Persekutuan Labuan (Kawasan Utara).

“Kepada semua penduduk, pengunjung, pelancong, pengusaha hotel dan chalet serta ahli perniagaan diminta untuk tidak cemas.

“Berikan kerjasama sepenuhnya kepada para petugas dan urus setia yang sedang menguruskan perjalanan latihan tersebut.

“Sila kosongkan kawasan pantai serta kediaman apabila terdengar siren/pengumuman dan terus bergerak ke tempat diarahkan oleh pihak berkuasa tempatan,” kata NADMA dalam satu kenyataan pada Jumaat.