awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nafas galak ahli peladang ceburi tanaman durian bermutu tinggi

Bernama
Bernama
20/07/2024
20:50 MYT
Nafas galak ahli peladang ceburi tanaman durian bermutu tinggi
Golongan bumiputera di Gua Musang digesa untuk terlibat mengusahakan tanaman durian Musang King yang mendapat permintaan tinggi di pasaran. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA KRAI: Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) menggalakkan ahli-ahlinya menceburi penanaman durian bermutu tinggi seperti Musang King dan Blackthorn bagi menerokai sumber pendapatan baharu.
Pengerusi Jemaah Pengarah Nafas Datuk Zamri Yaakob berkata, penanaman durian jenis itu mampu menjana pendapatan lumayan dan mendatangkan keuntungan besar kepada pekebun.
"Sebagai contoh, Lembaga Pertubuhan Peladang sudah membuat penanaman 600 pokok durian Musang King dan Blackthorn di Kampung Mahkota, Kuantan, Pahang sejak beberapa tahun lepas dan kini sudah mengeluarkan hasil secara berperingkat," katanya kepada Bernama selepas menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Nafas ke-45 di sini semalam.
Dalam pada itu, Zamri berkata Nafas juga dalam perancangan untuk menanam kelapa di kawasan seluas 120 hektar di Bandar Penawar, Johor dengan hasil tanaman berkenaan akan dieksport ke Singapura sebagai kelapa muda dan mampu menjana pendapatan lumayan.
Terdahulu, Zamri menyampaikan Geran Pemadanan Program Pemerkasaan Usahawan Peladang (Rise-Up) berjumlah RM450,000 dan geran Program Pemilikan Jentera Kecil dan Sederhana kepada peladang-peladang Kuala Krai sebanyak RM57,860.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pelabur Pertanian Gua Musang Lim Chin Chee menggesa golongan bumiputera di Gua Musang untuk terlibat mengusahakan tanaman durian Musang King yang mendapat permintaan tinggi di pasaran.
Beliau yang ditemui pemberita pada pertandingan durian Musang King di Gua Musang berkata setakat ini, lebih 1,000 pekebun durian berdaftar di bawah persatuan itu dengan majoritinya adalah kaum Cina.
Kesemua mereka terdiri daripada individu dan syarikat kecil yang mengusahakan tanaman durian di kawasan seluas 4,046 hektar, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#durian
#NAFAS
#peladang
#Zamri Yaakob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan