awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Kes 1MDB: “Saya akan terus tuntut hak saya” - Najib Razak
Uzbekistan sedia lancar satelit, hantar angkasawan ke angkasa lepas - Presiden
Remaja lelaki dikhuatiri lemas di Machang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nafi tohmahan dijadikan 'senjata politik', dakwaan tidak bertanggungjawab - SPRM

Fareez Azman
Fareez Azman
06/03/2021
05:31 MYT
Nafi tohmahan dijadikan 'senjata politik', dakwaan tidak bertanggungjawab - SPRM
SPRM dalam satu kenyataan media pada Sabtu menafikan tohmahan bahawa agensi penyiasatan itu digunakan sebagai senjata politik sepertimana didakwa oleh gabungan parti politik sebelum ini. Gambar: Fail
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan sekeras-kerasnya tohmahan daripada gabungan beberapa parti politik kononnya agensi penyiasatan itu dijadikan 'senjata politik' dalam melaksanakan tindakannya.
Menerusi satu kenyataan media pada Sabtu, SPRM turut menegaskan bahawa agensi penyiasatan itu bebas dan sentiasa memastikan tindakannya berlandaskan undang-undang.
"Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan sekeras-kerasnya tohmahan daripada gabungan beberapa parti politik kononnya suruhanjaya ini telah dijadikan sebagai 'senjata politik' dalam melaksanakan tindakannya.
"Ditegaskan bahawa SPRM merupakan sebuah agensi penyiasatan yang bebas dan sentiasa memastikan tindakannya berlandaskan undang-undang tanpa membabitkan kecenderungan politik," jelas kenyataan media itu.
Malah tohmahan tersebut dianggap sebagai tidak berasas serta tidak bertanggungjawab kerana perkara itu boleh menjejaskan imej SPRM sekali gus menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat terhadap agensi penyiasatan itu.
Terdahulu, Majlis Presiden Pakatan Harapan dalam satu kenyataan pada Jumaat, mengecam sekeras-kerasnya penyalahgunaan agensi-agensi kerajaan sebagai senjata politik bagi mendapatkan sokongan daripada Ahli Parlimen pembangkang terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mendakwa terdapat siri tindakan daripada agensi termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi-agensi lain memberi tekanan terhadap Ahli-Ahli Parlimen Pembangkang, pegawai-pegawai malah ahli keluarga mereka.
BACA: Majlis Presiden PH kecam agensi kerajaan digunakan sebagai senjata politik
Topic Berkaitan
#Pakatan Harapan
#PDRM
#SPRM
#LHDN
#undang-undang
#pembangkang
#keluarga
#Polis Diraja Malaysia
#Parlimen
#Rasuah
#politik
#Kenyataan Media
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan