awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas bas: Warga Indonesia tidak sempat belanja gaji pertama

Bernama
Bernama
22/08/2013
05:08 MYT
Nahas bas: Warga Indonesia tidak sempat belanja gaji pertama
Hasrat dua rakyat Indonesia ke ibu kota untuk membelanjakan gaji pertama mereka sebagai pekerja pembersihan di Genting Highlands tidak kesampaian apabila mereka terlibat dalam nahas bas di KM3.5 Jalan Genting Highlands semalam.
Andri Puwardi, 25, dan Nur Fridil Gusman, 23, menerima gaji pertama mereka pada 19 Ogos lepas setelah mula bekerja di pusat hiburan itu awal Julai lepas.
Sepupu Andri yang dikenali sebagai Irsad, 23, berkata Andri mahu ke ibu negara untuk mendapatkan rawatan pergigian manakala Nur Fridil pula mahu membeli kasut baharu.
Andri yang patah kaki manakala Nur Fridil yang patah tangan kanan kini dirawat di Hospital Selayang, kata Irsad ketika ditemui di hospital itu hari ini.
Irsad berkata ketika kejadian, beliau dan rakan-rakannya sedang bekerja di pusat hiburan itu dan mereka dimaklumkan mengenai nahas itu oleh seorang pemilik kedai ketika waktu rehat kira-kira 8 malam.
Selepas menyambung semula tugasnya, Irsad berkata beliau diberitahu oleh penyelianya bahawa Andi dan Nur Fridil terlibat dalam kemalangan bas di Jalan Genting Highlands.
Menurutnya Andri berasal dari Sumatera Barat dan sudah berkahwin dan mempunyai anak perempuan berusia 4 tahun.
Beliau juga telah memberitahu keluarga kedua-dua mangsa itu mengenai nahas berkenaan.
Kemalangan di KM3.5 Jalan Genting Highlands itu meragut 37 nyawa termasuk pemandu bas apabila bas yang dinaiki 53 orang itu terjunam 60 meter ke dalam gaung semasa menuruni jalan curam dari puncak pusat peranginan itu ke ibu negara.
Topic Berkaitan
#gaji pertama
#nahas bas
#warga Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan