Skip to main content

Malaysia

Nahas di Batang Sadong: Dua pelajar maut, abang cedera ketika ke sekolah

Sumber: JBPM Sarawak
Dua pelajar yang dipercayai adik-beradik maut selepas kenderaan Perodua Myvi yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Jambatan Batang Sadong, pagi tadi. - Gambar ihsan JBPM Sarawak

SIMUNJAN: Dua pelajar yang dipercayai adik-beradik maut selepas kenderaan Perodua Myvi yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Jambatan Batang Sadong, pagi tadi.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 6.30 pagi ketika kenderaan itu cuba mengelak sebuah lori yang rosak di lokasi kejadian, sebelum hilang kawalan dan terbalik.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Mohamad Fauzi Mohamat Kifli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu dan segera menggerakkan sepasukan lima anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Simunjan.

Pasukan penyelamat tiba di lokasi kira-kira 21 minit kemudian.

“Sebaik tiba, didapati kenderaan tersebut terbalik dan dua mangsa telah tercampak keluar dari kenderaan,” katanya ketika dihubungi.

Pemeriksaan lanjut oleh pasukan paramedik dari Klinik Kesihatan Simunjan mengesahkan kedua-dua mangsa terbabit meninggal dunia di lokasi kejadian.

Identiti seorang mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Nurfazilah Ramli, 19.

Sementara itu, pemandu kenderaan berusia 30 tahun, yang dipercayai abang kepada mangsa, cedera dan telah dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Dalam kejadian sama, pemandu lori berusia 22 tahun dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Must Watch Video

Advertisement