awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas Elmina: Laporan awal dikeluarkan Jumaat ini - Anthony Loke

Astro Awani
Astro Awani
09/09/2023
06:25 MYT
Nahas Elmina: Laporan awal dikeluarkan Jumaat ini - Anthony Loke
Loke berkata, laporan itu adalah mengenai analisis data rakaman suara selama 30 minit daripada 'memory puck' dalam perakam suara kokpit (VCR) pesawat berkenaan. - Gambar fail
KLANG: Laporan awal nahas pesawat jenis Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Elmina, Shah Alam, pada 17 Ogos lalu, akan dikeluarkan Jumaat ini, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
Beliau berkata, laporan itu adalah mengenai analisis data rakaman suara selama 30 minit daripada 'memory puck' dalam perakam suara kokpit (VCR) pesawat berkenaan.
"Kita akan keluarkan laporan awal pada Jumaat ini, 15 September," katanya kepada media selepas merasmikan Kongres Wanita DAP di grand Centro Ballroom, di sini, hari ini.
Nahas yang mengejutkan negara pada jam 2.50 petang 17 Ogos lalu itu, telah mengorbankan 10 nyawa, termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, Datuk Seri Johari Harun.
Selain itu, insiden turut mengorbankan dua mangsa yang bukan berada dalam pesawat iaitu penunggang p-hailing Muhammad Hafiz Muhammad Salleh, 32, dan pemandu e-hailing Sharipudin Shaari, 51, yang melalui kawasan kejadian.
Topic Berkaitan
#pesawat terhempas
#Elmina
#laporan siasatan
#Anthony Loke
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan