awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TASK raih kutipan hampir RM4 juta tahun 2026
Meta, TikTok dan Google perkukuh ciri keselamatan digital remaja
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman dibuka mulai hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas Genting Highlands: Permit pengusaha bas digantung

Astro Awani
Astro Awani
09/11/2013
00:00 MYT
Nahas Genting Highlands: Permit pengusaha bas digantung
Susulan kes kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah bas yang meragut 37 nyawa di Genting Highlands, permit pengusaha bas yang terlibat akan digantung.
Demikian kata Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal semasa menjadi tetamu dalam Buletin Awani 7:45 hari ini.
Walaubagaimanapun, menurut beliau, tarikh berkuatkuasa bagi penggantungan permit ini masih belum diputuskan bagi mengambil kira keperluan pengguna terutama bagi mereka yang bekerja di Genting Highlands.
Bagi mengetahui punca kejadian, pihak Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya (MIROS) membuat analisa saintifik bagi megumpul bukti-bukti fizikal yang dapat dikesan di tempat kejadian.
Ketua Pengarahnya, Prof Dr Wong Shaw Voon berkata, hukum-hukum fizik akan diguna pakai bagi menentukan dinamik serta kinematik kenderaan yang terlibat.
Sementara itu, Pengerusi Pemandu Bas Semenanjung Malaysia, Sa’adan Man menegaskan agar pemandu bas yang berpengalaman dengan laluan di Genting Highlands sahaja dibenarkan untuk memandu di kawasan itu.
Menurut beliau, penggantungan permit sahaja tidak akan membawa apa-apa perubahan kerana faktor-faktor lain turut menyumbang kepada kemalangan ini seperti kelengkapan bas yang tidak mencukupi dan faktor cuaca.
Topic Berkaitan
#AWANI745
#bas
#digantung
#Genting Highlands
#Nahas
#permit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan