awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masjid Jamek Cina Muslim Klang tarik 55,000 pengunjung, tingkat pelancongan Islam
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas helikopter: Kementerian pertahanan, ATM aktifkan Tabung Tragedi Lumut 24

Bernama
Bernama
29/04/2024
10:57 MYT
Nahas helikopter: Kementerian pertahanan, ATM aktifkan Tabung Tragedi Lumut 24
Pada 23 April lepas, 10 anggota dan pegawai TLDM terkorban selepas dua helikopter terhempas ketika menjalani raptai lintas hormat bersempena sambutan Ulang Tahun TLDM ke-90. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menubuhkan satu tabung khas 'Tabung Tragedi Lumut 24' bagi memudahkan warga ATM serta orang ramai menghulurkan bantuan kewangan kepada waris keluarga mangsa nahas helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, 23 April lepas.
Markas ATM dalam kenyataan memaklumkan tabung berkenaan diaktifkan berkuat kuasa hari ini.
Sumbangan boleh dihulurkan secara dalam talian kepada akaun Affin Bank dengan menyatakan 'Tabung Tragedi Lumut 24' atau menerusi cek atas nama 'Tabung Kebajikan Angkatan Tentera' dan diserahkan kepada Sel Kebajikan, Cawangan Staf Am, Markas Angkatan Tentera Malaysia, Bahagian Perkhidmatan Anggota, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur.
Menurut kenyataan itu, nama dan nombor akaun ialah Tabung Kebajikan Angkatan Tentera 100040001752 (Affin Bank).
Pada 23 April lepas, 10 anggota dan pegawai TLDM terkorban selepas dua helikopter terhempas ketika menjalani raptai lintas hormat bersempena sambutan Ulang Tahun TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#nahas helikopter Lumut
#anggota TLDM
#Tabung Tragedi Lumut 24
#bantuan kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan