IPOH: Lapan jenazah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selesai disolatkan di Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja di sini kira-kira jam 5.40 petang pada Rabu.
Kenderaan yang membawa semua jenazah dilihat mula keluar dari bangunan tersebut kira-kira jam 6 petang tadi.
Semua jenazah tersebut akan dibawa ke lokasi pengebumian, antaranya di Sitiawan, Perak, di Yan, Kedah dan di Rawang, Selangor.
Jenazah Pegawai Memerintah Skuadron 502, Komander Muhamad Amir Mohamad akan dikebumikan di Segamat, Johor.
Manakala Pegawai Memerintah Skuadron 503, Komander Muhammad Firdaus Ramli dikebumikan di Sungai Nibong, Pulau Pinang.
Pegawai Waran II, Mohd Shahrizan Mohd Termizi (Kuartermaster Udara Skuadron 502) dan Pegawai Waran II Norfarahimi Saedy (Depot Bekalan Armada Barat) masing-masing dikebumikan di Sitiawan dan Selama, Perak.
Jenazah Pegawai Taktikal Udara Skuadron 503, Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohd Marzukhi dikebumikan di Senawang, Negeri Sembilan dan Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Zainal Abidin dikebumikan di Rawang, Selangor.
Anggota wanita, Bintara Muda Nor Rahiza Anuar (Depot Bekalan Armada Barat) serta Kuartermaster Udara Skuadron 503, Pegawai Waran II Muhammad Faisol Tamadun dikebumikan di Yan dan Sik, Kedah.
Sementara itu, mendiang Leftenan T Sivasutan (juruterbang Skuadron 502) akan dibawa ke kediaman keluarganya di Sitiawan.
Manakala mayat Laskar Kanan Joanna Felicia anak Rohna akan diterbangkan ke Serian, Sarawak dan dikebumikan di sana.
Ridauddin Daud
Wed Apr 24 2024
Jenazah mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut tiba di Surau Salahuddin Al-Ayubi Kem Batalion ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja untuk disolatkan. - Foto Bernama
Pusat dialisis Perkeso di Pulau Pinang hujung tahun ini
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bakal membuka sebuah pusat dialisis di Pulau Pinang menjelang hujung tahun ini, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.
RISDA usaha selesaikan 12,385 hektar kebun getah tidak bertoreh tahun ini
Hal ini bertujuan untuk memajukan semula sektor itu, selain membantu penoreh getah meningkatkan pendapatan mereka.
AWANI Ringkas: Ada usaha kurangkan majoriti
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Separuh akhir Piala Thomas: Leong Jun Hao pamer semangat juang tinggi sebelum tewas
Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, mempamerkan semangat juang tinggi walaupun tewas kepada pemain tuan rumah, Li Shi Feng, dalam separuh akhir Piala Thomas di Chengdu sebentar tadi.
Pulau Pinang umum pelan untuk Taman Reka Bentuk IC dan digital
Kerajaan negeri Pulau Pinang mengumumkan pelannya untuk mewujudkan Taman Reka Bentuk Litar Bersepadu (IC) dan Digital.
PM Anwar hadir Mesyuarat Pembangunan Kedah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman.
Piala Thomas: Gegaran sambutan tayangan skrin besar
Bersama Wartawan Astro AWANI, Ridauddin Daud di Putrajaya, Dataran Putrajaya, membuat liputan gegaran sambutan tayangan skrin besar Separuh Akhir Piala Thomas.
Polis tahan 28 lelaki bergaduh di Butterworth
Polis menahan 28 lelaki hari ini, dipercayai terlibat dalam satu pergaduhan membabitkan dua kumpulan di Jalan Raja Uda di Butterworth pada Jumaat, seperti yang tular melalui media sosial.
KPDN terima 15,753 aduan pengguna setakat April - Fuziah
Sebanyak 15,753 aduan kepenggunaan diterima di seluruh negara, termasuk 7,711 aduan menerusi platform Aduan Suri KPDN.
Laporan cuaca melampau dan bencana negara
Cuaca panas di kawasan berikut: Padang Terap, Pasir Mas, Jeli, Kota Bharu, Pasir Puteh, Tanah Merah, Besut, Setiu, Kuala Krai, Kota Marudu.
Tahap 1, tahap berjaga-jaga, suhu 35 hingga 37 darjah celsius untuk sekurang-kurangnya tiga hari.
Banjir di Johor, Kota Tinggi, 1 PPS, 22 keluarga, 88 mangsa.
Tahap 1, tahap berjaga-jaga, suhu 35 hingga 37 darjah celsius untuk sekurang-kurangnya tiga hari.
Banjir di Johor, Kota Tinggi, 1 PPS, 22 keluarga, 88 mangsa.
Nahas helikopter Lumut: Raja Permaisuri Agong santuni keluarga Mohammad Amirulfaris
Raja Permaisuri Agong berkenan menyantuni keluarga Allahyarham Mohammad Amirulfaris yang terkorban dalam tragedi dua helikopter terhempas di Lumut.
Sultan Nazrin, Tuanku Zara hadiri majlis Aidilfitri PDRM Perak
Sultan dan Raja Permaisuri Perak berkenan berangkat menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri PDRM Kontinjen Perak 2024.
Nahas helikopter Lumut: Presiden Turkiye ucap takziah kepada keluarga anggota, Malaysia - Anwar
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan mengutuskan ucapan takziah kepada keluarga 10 wira negara yang terkorban dalam nahas helikopter TLDM di Lumut, Perak.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan tidak bercadang gantung sementara helikoper Fennec, HOM
Kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.
Nahas helikopter Lumut: Komen jelik, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.