IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Perak 2024 di Markas Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Unit 5, Sungai Senam di sini, malam tadi.
Keberangkatan baginda berdua pada jam 8.30 malam ke majlis anjuran Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak itu disambut Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Mohd Zolkafly Harun mewakili Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.
Turut berangkat, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Idris Shah; Raja DiHilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Idris Shah; dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Abdul Halim Shah.
Dalam ucapan sembahnya, Mohd Yusri yang mewakili seluruh anggota PDRM Perak merakamkan ucapan takziah kepada keluarga 10 pegawai dan anggota TLDM yang terkorban dalam nahas dua helikopter yang terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Selasa lalu.
Beliau turut meminta hadirin menghadiahkan bacaan al-Fatihah kepada mangsa yang terkorban.
“Semoga roh wira-wira negara yang telah terkorban dalam nahas itu, akan ditempatkan dalam kalangan para syuhada,” kata Mohd Yusri dalam sembah ucapannya.
Pada majlis itu, Sultan Nazrin dan Tuanku Zara turut berkenan menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim warga PDRM Perak.
Sebelum berangkat pulang kira-kira jam 10.30 malam, baginda berdua berkenan meninjau gerai-gerai makanan yang dikendalikan 16 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) seluruh Perak sebelum diakhiri dengan pertunjukan bunga api.
Abd Razak Mohd Ali
Sat Apr 27 2024
Sultan Nazrin dan Tuanku Zara Salim berkenan berangkat menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri PDRM Kontinjen Perak 2024 di Markas Pasukan Simpanan PersekutuanUnit 5, Sungai Senam, Ipoh, malam tadi. - Gambar Bernama
Snipping Tools baharu Windows 11 uji ciri kesan kod QR, tambah emoji 3D
Dalam setiap tangkapan layar pada kandungan yang ada kod QR, Snipping Tool boleh kesan dan terus mengeluarkan pautan URL untuk pengguna terus tekan.
Palestin sebagai Anggota Penuh PBB: Malaysia sambut baik Resolusi Perhimpunan Agung
Malaysia mengalu-alukan Resolusi Perhimpunan Agung PBB yang menggesa agar Majlis Keselamatan PBB menimbang semula permohonan Palestin.
Reuters nafi keluar artikel Malaysia bakal disenarai hitam Amerika Syarikat
Reuters nafi mengeluarkan artikel yang mendakwa Malaysia bakal menjadi negara pertama di Asia Tenggara untuk disenarai hitam oleh Amerika Syarikat.
Ringgit dijangka didagangkan dalam keadaan berhati-hati minggu depan
Ringgit dijangka diniagakan dalam keadaan berhati-hati berbanding dolar AS minggu depan memandangkan pelabur mencari petunjuk baharu daripada data ekonomi yang lebih signifikan.
AWANI Ringkas: Lebih 39,000 pengundi tunai tanggungjawab
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Arsenal sudah atur perarakan julang trofi liga
Bakal juara musim Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2023/2024, Arsenal, sudah siap melakukan perancangan rapi untuk menjulang piala kejuaraan.
AWANI Ringkas: Susulan insiden letupan bom di Narathiwat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KKB Memilih: Hari penentuan siapa pilihan pengundi (Perkembangan setakat jam 12:00pm)
Wartawan Hasimi Muhamad melaporkan perkembangan terkini proses pengundian pilihan raya kecil Kuala Kubu Baharu.
Perhimpunan Agung PBB terima resolusi pertimbangkan semula keanggotaan Palestin
Resolusi diterajui UAE itu diterima selepas mendapat sokongan majoriti dengan 143 negara anggota menyokong, sembilan menentang, 25 berkecuali.
Gelap mata untung lumayan, warga emas rugi RM412,500
Lelaki warga emas itu melakukan beberapa transaksi berjumlah RM412,500 kepada empat akaun berbeza baru-baru ini bagi menerima pulangan dan keuntungan berkenaan.
Nahas helikopter Lumut: Raja Permaisuri Agong santuni keluarga Mohammad Amirulfaris
Raja Permaisuri Agong berkenan menyantuni keluarga Allahyarham Mohammad Amirulfaris yang terkorban dalam tragedi dua helikopter terhempas di Lumut.
Sultan Nazrin, Tuanku Zara hadiri majlis Aidilfitri PDRM Perak
Sultan dan Raja Permaisuri Perak berkenan berangkat menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri PDRM Kontinjen Perak 2024.
Nahas helikopter Lumut: Presiden Turkiye ucap takziah kepada keluarga anggota, Malaysia - Anwar
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan mengutuskan ucapan takziah kepada keluarga 10 wira negara yang terkorban dalam nahas helikopter TLDM di Lumut, Perak.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan tidak bercadang gantung sementara helikoper Fennec, HOM
Kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.
Nahas helikopter Lumut: Komen jelik, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.