awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas helikopter Lumut: Khidmat kaunseling diteruskan bergantung keperluan - Noraini

Bernama
Bernama
28/04/2024
09:50 MYT
Nahas helikopter Lumut: Khidmat kaunseling diteruskan bergantung keperluan - Noraini
Noraini berkata, hasil pemerhatian mendapati waris mangsa masih bersedih, namun kuat semangat untuk menerima kejadian yang menimpa ahli keluarga mereka. - Gambar fail
MANJUNG: Khidmat kaunseling kepada keluarga mangsa tragedi dua helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut akan diteruskan bergantung kepada keperluan.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Noraini Ahmad berkata hasil pemerhatian mendapati waris mangsa masih bersedih, namun kuat semangat untuk menerima kejadian yang menimpa ahli keluarga mereka.
"Tempoh kaunseling bergantung kepada keadaan individu...masing-masing bersedih atas apa yang berlaku kepada orang yang disayangi, paling rapat dengan mereka, ada sesetengahnya merupakan tempat bergantung harap bagi keluarga tersebut.
"Apabila kita kehilangan orang tersayang, pasti emosi tetapi saya melihat mereka sangat kuat dan kami bersedia untuk mendengar melalui kaunselor kami di setiap daerah," katanya ketika ditemui pemberita selepas menziarahi waris mendiang Leftenan T. Sivasutan di Taman Serdang Jaya, Sitiawan di sini hari ini.
Terdahulu Noraini turut menziarahi keluarga Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi dan Pegawai Waran II Nurfarahimi Mohd Suady.
Noraini berkata pihaknya turut menyampaikan bantuan wang tunai RM3,000 melalui Skim Pemberian Ehsan Yayasan Kebajikan Negara dan barangan keperluan selain sumbangan peribadi beliau kepada waris ketiga-tiga mangsa berkenaan.
Dalam kejadian 9.32 pagi pada 23 April lepas, 10 anggota dan pegawai TLDM maut selepas dua helikopter terhempas ketika sedang menjalani raptai lintas hormat bersempena dengan sambutan Ulang Tahun TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#nahas helikopter Lumut
#khidmat kaunseling
#keluarga mangsa
#noraini ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan