awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit kukuh berbanding dolar AS berikutan daya tahan ekonomi
WEF2026: Dialog, adab, bukti elemen penting tangani manipulasi maklumat – Jemilah Mahmood
Mahkamah Korea Selatan bebaskan lelaki dihukum mati 50 tahun lepas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas helikopter Lumut: Semua mayat mangsa telah dikeluarkan - Polis

Bernama
Bernama
23/04/2024
07:00 MYT
Nahas helikopter Lumut: Semua mayat mangsa telah dikeluarkan - Polis
Mayat 10 mangsa yang terlibat dalam nahas udara di Pangkalan TLDM Lumut telah berjaya dibawa keluar dari dua lokasi bangkai pesawat tengah hari tadi. -JBPM
LUMUT: Mayat 10 mangsa yang terlibat dalam nahas udara di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut telah berjaya dibawa keluar dari dua lokasi bangkai pesawat tengah hari tadi.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata Pesawat HOM (M503-3) yang membawa tujuh kru terhempas di balapan Stadium TLDM Lumut, manakala pesawat Fennec dinaiki tiga kru terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut.
"Tiada mangsa terselamat dalam kejadian tersebut dan mangsa terdiri daripada tujuh lelaki dan tiga wanita, kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Angkatan Tentera TLDM Lumut untuk proses pengecaman.
"Kerja-kerja siasatan nahas yang diketuai oleh TLDM bersama PDRM serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedang dilakukan di lokasi nahas dan butirannya kita akan keluarkan kelak," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Mohd Yusri berkata kesemua ahli keluarga mangsa sudah dimaklumkan bagi tujuan pengecaman.
"Semua mayat mangsa masih berada di sini (Hospital Angkatan Tentera TLDM Lumut) dan proses pengecaman masih dilakukan.
"Selepas selesai proses terbabit mangsa akan dibawa ke HRPB (Hospital Raja Permaisuri Bainun) bagi tujuan bedah siasat. Setakat ini siasatan berhubung nahas masih dilakukan," katanya.
Dalam kejadian 9.30 pagi tadi, kedua-dua helikopter yang bertembung di udara dan terhempas itu dilaporkan sedang menjalani raptai bersempena lintas hormat sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90, dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 5 Mei ini.
Berdasarkan laporan, dua helikopter yang terdiri dari model HOM dan Fennec telah berlepas dari Padang Sitiawan pada 9.03 pagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#nahas helikopter Lumut
#helikopter TLDM bertembung
#Pesawat HOM M503-3
#pesawat Fennec
#Mohd Yusri Hassan Basri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan