KUALA LUMPUR: Pelakon Eyra Hazali memaklumkan salah seorang mangsa nahas helikopter melibatkan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berlaku di Lumut pagi tadi merupakan ahli keluarganya.

Jelas Eyra atau nama penuhnya Hazirah Qasdina Hazali, Allahyarham Leftenan Komander Wan Rezauden Kamal Wan Zainal Abidin merupakan sepupu kepada suaminya.

"Al-fatihah kepada semua yang terlibat dalam kemalangan helikopter. Salah seorang mangsa merupakan sepupu suami saya, Lt Kdr Wan Rezauden Kamal Wan Zainal Abidin.

[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: 10 korban, dua helikopter bertembung

“Semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang beriman," tulisnya menerusi Insta Story Instagram miliknya.

Terdahulu, 10 anggota TLDM terkorban selepas dua helikopter berlanggar sebelum terhempas ketika membuat raptai di Pangkalan TLDM. - Sinar Harian