Dewan Rakyat hari ini bertafakur selama seminit bagi memperingati pemergian Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi yang juga Anggota Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon, Anggota Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad serta empat lagi mangsa nahas helikopter RPC 6828, 5 Mei lepas.
Seluruh anggota parlimen beragama Islam diminta menyedekahkan Al-Fatihah buat mangsa manakala wakil rakyat bukan Islam bertafakur sebagai tanda memperingati mangsa nahas berkenaan.
Terdahulu, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyifatkan pemergian kedua-dua anggota Parlimen itu satu kehilangan yang amat besar kepada negara.
"Sesungguhnya, pemergian Allahyarhamah (Noriah Kasnon) dan Allahyarham (Wan Mohammad Khair-il Anuar) kehilangan yang amat besar kepada negara. Saya bagi pihak ahli-ahli Dewan ini (Dewan Rakyat) dan pihak Parlimen khususnya merakamkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Datuk Noriah Kasnon dan kepada keluarga Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar, saya ingin merakamkan takziah kepada isteri, Datin Mastura Yazid dan seluruh ahli keluarga Allahyarham.
LAPOR LANGSUNG: Rangkuman nahas helikopter RPC 6828
"Saya mengharapkan seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Datuk Noriah Kasnon dan Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar terus tabah dalam menghadapi situasi ini. Kita berdoa moga-moga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah dan Allahyarham serta ditempatkan di kalangan orang-orang solih dan beriman," katanya dalam pembukaan hari pertama, Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ketiga Belas (2016) di Dewan Rakyat hari ini.
Dalam nahas 5 Mei lalu, helikopter jenis Eurocopter AS350 yang dalam penerbangan dari Betong pada pukul 4.12 petang menghala ke Kuching, terputus hubungan dan hilang daripada radar.
Selain Noriah dan Wan Mohammad, penumpang lain yang berada di dalam helikopter itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Sundaran Annamalai dan suami Noriah, Asmuni Abdullah.
Turut berada dalam penerbangan tersebut adalah pegawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri yang turut menaiki helikopter yang dikemudi juruterbang warga Filipina Rudolf Rex Ragas.
Harits Asyraf Hasnan
Mon May 16 2016
helikopter jenis Eurocopter AS350 yang dalam penerbangan dari Betong pada pukul 4.12 petang menghala ke Kuching, terputus hubungan dan hilang daripada radar. - Gambar fail
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara - CIJ
Dalam pada itu, Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail Berkata, pengamal media perlu beroperasi dalam persekitaran yang sangat kondusif serta menekankan falsafah yang mampu meningkatkan kualiti kewartawanan.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara
Sebanyak 187 siasatan dijalankan di bawah undang-undang hak kebebasan.
KKM Malaysia rancang perkenal undang-undang 'Good Samaritan' - Dr Dzulkefly
Dzulkefly berkata banyak negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan beberapa negara Asia telah pun melaksanakan undang-undang berkenaan.
[TERKINI] Goh Sze Fei-Nur Izzuddin langkah ke Final Jelajah Dunia BWF
Beregu negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, sah melangkah ke pentas akhir Kejohanan Badminton Final Jelajah Dunia BWF, sebentar tadi apabila menewaskan pasangan Indonesia.
PDRM bantu siasatan rakyat Malaysia ditembak di Betong Thailand
PDRM akan membantu pihak berkuasa Thailand dalam siasatan seorang rakyat negara ini yang cedera parah dipercayai terkena tembakan di Betong.
Rakyat Malaysia parah ditembak di Betong
Mangsa dari Kampung Padang Tamat, Pengkalan Hulu, mengalami kecederaan di bahagian perut dan paha, dirawat di Hospital Betong.
Sarawak tubuhkan BDDA bagi jana ekonomi Betong
BDDA merangkumi beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Layar, Bukit Saban, Krian, Kalaka, Saribas, Beting Maro, Kabong dan Lingga
Lapangan Terbang Betong bakal rangsang pelancongan di selatan Thailand
Lapangan Terbang Antarabangsa Betong yang baharu, bernilai 1.9 bilion baht menyambut penerbangan sulung pada Isnin.
Sarawak dijangka terima 650,000 vaksin CanSino pertengahan Julai ini - Uggah
Sarawak dijangka menerima vaksin COVID-19 jenis CanSino pada pertengahan Julai, kata Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
Kanak-kanak dua tahun mati dipercayai didera, ibu dan teman lelaki ditahan polis
Seorang kanak-kanak berusia dua tahun dilaporkan meninggal dunia dipercayai didera dalam kejadian di Betong, hari ini.
MPOB labur RM50 juta bina dua stesen penyelidikan di Sarawak - Willie Mongin
Pelaksanaan projek penyelidikan dan pembangunan minyak sawit ini melibatkan beberapa siri Rancangan Malaysia bermula Rancangan Malaysia Ke-7 hingga RMK11.
Amaran cuaca buruk, waspada di Sarawak
Amaran cuaca buruk dengan hujan lebat berterusan diramal berlaku membabitkan Kuching, Serian, Samarahan dan Sri Aman.
Amaran cuaca: Waspada dengan hujan lebat di beberapa negeri sehingga Selasa
MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat di Pahang, Johor serta beberapa kawasan di Terengganu dan Sarawak dijangka berlanjutan sehingga Selasa ini.
Tragedi Feri Triso: Sembilan maut kenderaan pacuan empat roda terjunam ke sungai
Sembilan dipercayai sekeluarga maut selepas sebuah kenderaan terjunam ke dalam sungai ketika sedang menunggu feri di Triso petang Jumaat.