MALAYSIA
Nahas helikopter: PDRM tumpu usaha cari kotak hitam - KPN

Detik cemas helikopter PDRM terhempas ketika melakukan simulasi lintas hormat sempena program Latih Amal Pelbagai Hala Pengesanan Sekuriti Nuklear. -Gambar Bernama
GELANG PATAH: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang berusaha mendapatkan maklumat daripada kotak hitam berhubung insiden helikopter terhempas di perairan Sungai Pulai, di sini, pada pagi Khamis.
Ringkasan AI
- PDRM sedang berusaha mendapatkan maklumat daripada kotak hitam helikopter yang terhempas di perairan Sungai Pulai semasa latihan MITSATOM 2025.
- Bantuan kepakaran daripada CAAM, Maritim Malaysia dan mungkin pihak ketiga diperlukan untuk menaikkan bangkai helikopter dari kedalaman sekitar 25 kaki.
- Lima anggota PDRM terlibat dalam insiden, dua dalam keadaan kritikal dan tiga lagi stabil serta dirawat di Hospital Sultanah Aminah.
"Saya percaya kedalaman sungai juga menjadi punca kepada kesulitan ini, saya dimaklumkan sekitar 25 kaki kedalaman sungai ini.
"Kita memerlukan kepakaran tertentu untuk kita timbulkan bangkai helikopter tersebut," ujar beliau kepada wakil Astro AWANI.
Nahas berlaku ketika helikopter berkenaan menjalani simulasi lintas hormat sempena latihan Multilateral Nuclear Security Detection Exercise (MITSATOM 2025) berhampiran Sungai Pulai, di sini.
Helikopter yang dikendalikan seorang juruterbang itu membawa empat penumpang dan berlepas dari Balai Polis Tanjung Kupang pada jam 9.51 pagi.
Dua daripada lima anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat kemalangan berada dalam keadaan kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan.
Tiga lagi mangsa berada dalam keadaan stabil dan kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami