awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KP Perkhidmatan Awam santuni pesara, sampaikan bantuan
"Yob Kinding" pula masuk perangkap
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas Hornet TUDM: Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah dibuka semula

Bernama
Bernama
22/08/2025
10:53 MYT
Nahas Hornet TUDM: Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah dibuka semula
Panglima Tentera Udara Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris meninjau lokasi kejadian nahas membabitkan pesawat tempur F/A-18D Hornet milik TUDM. - Gambar/ TUDM
KUANTAN: Landasan di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah di sini dibuka semula 12 tengah hari ini selepas penutupan sementara berikutan insiden kemalangan membabitkan sebuah pesawat tempur milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Malaysia Airports Holdings Berhad menerusi hantaran di Facebook memaklumkan kesemua operasi penerbangan di lapangan terbang berkenaan kembali berjalan mengikut jadual.
"Landasan di Lapangan Terbang Kuantan (KUA) telah dibuka untuk operasi pada 12 tengah hari ini. Operasi penerbangan berjalan mengikut jadual," menurut kenyataan itu.
Terdahulu, Panglima Tentera Udara Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris berkata lapangan terbang yang juga dikenali Pangkalan Udara Kuantan itu ditutup sementara bagi melaksanakan operasi pembersihan Mega Sweep.
Sebuah pesawat tempur F/A-18D Hornet milik TUDM terlibat dalam satu insiden kemalangan di kawasan landasan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah pada 9.05 malam tadi.
Juruterbang dan Jurusensor Senjata pesawat berkenaan sempat melaksanakan prosedur kecemasan dengan selamat, iaitu keluar menggunakan kerusi lontar (eject) sebelum pesawat itu terhempas.
Topic Berkaitan
#juruterbang TUDM
#insiden pesawat hornet TUDM
#Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah
#MAHB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan