awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas Jeju Air: Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat

Astro Awani
Astro Awani
29/12/2024
09:20 MYT
Nahas Jeju Air: Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
Kedutaan Besar Malaysia di Seoul mengesahkan tiada rakyat Malaysia berada di dalam pesawat Jeju Air 7C2216 yang terlibat dalam nahas pagi tadi.
PUTRAJAYA: Kedutaan Besar Malaysia di Seoul mengesahkan tiada rakyat Malaysia berada di dalam pesawat Jeju Air 7C2216 yang terlibat nahas pagi tadi.

Ringkasan AI
  • Kedutaan Besar Malaysia di Seoul mengesahkan tiada rakyat Malaysia berada di dalam pesawat Jeju Air 7C2216 yang terlibat dalam nahas pagi tadi.
  • Malaysia menzahirkan rasa simpati dan ucapan takziah kepada mangsa dan keluarga yang terjejas akibat insiden ini, termasuk rakyat dan kerajaan Republik Korea.
  • Dalam kejadian jam 9.07 pagi tadi, pesawat yang membawa 181 penumpang dan kru terbakar selepas tergelincir dari landasan dan merempuh tembok pagar di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan. Hanya dua mangsa terselamat, manakala baki 179 penumpang dan kru terkorban.

Kementerian Luar Negeri (KLN) dalam satu kenyataan pada Ahad berkata, kementerian melalui kedutaan besar akan terus memantau rapat insiden tersebut.
“Kedutaan Besar Malaysia di Seoul telah mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia yang berada di dalam pesawat tersebut.
"Malaysia menzahirkan rasa simpati dan ucapan takziah kepada mangsa dan keluarga yang terjejas akibat daripada insiden ini, termasuk rakyat dan kerajaan Republik Korea,” menurut kenyataan itu lagi.
Dalam kejadian jam 9.07 pagi tadi, pesawat berkenaan yang membawa 181 penumpang dan kru terbakar selepas tergelincir dari landasan dan merempuh tembok pagar di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, di barat daya Korea Selatan.
Pihak berkuasa mengesahkan hanya dua mangsa terselamat manakala baki 179 penumpang dan kru terkorban.
Topic Berkaitan
#Jeju Air
#ucapan takziah
#7C2216
#Wisma Putra
#Kedutaan Besar Malaysia di Seoul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan