awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas Putrajaya: 'Arwah sangat mementingkan ahli keluarga' - Biras

Sinar Harian
Sinar Harian
20/09/2023
11:22 MYT
Nahas Putrajaya: 'Arwah sangat mementingkan ahli keluarga' - Biras
Kejadian kira-kira jam 10.14 pagi itu melibatkan enam kereta, dua lori, tiga motosikal dan sebuah motosikal polis trafik. - Gambar/ Bernama
PUTRAJAYA: Salah seorang ahli keluarga kepada mangsa maut akibat rempuhan treler di Kilometer 5.7 Jalan Persiaran Utara, dekat sini tidak menyangka birasnya terlibat dalam kemalangan pada Rabu.
Mohd Azuan Mohd Zain, 37, berkata, kemalangan melibatkan Allahyarham Yuswar Mohd Uyus, 39, itu diketahui daripada isteri dan perkhabaran itu mengejutkan seluruh ahli keluarga mangsa.
Beliau berkata, ibu mentuanya paling terkesan dengan pemergian arwah yang merupakan anak tunggal lelaki daripada tiga adik-beradik dan disifatkan begitu rapat serta mengambil berat setiap ahli keluarga.
"Yuswar memang rapat dengan saya kerana kami berdua sahaja lelaki di dalam keluarga mentua kerana kakak serta adik arwah masih belum berkahwin.
"Kami sering bersama jika saya ke rumah ibu mentua dan dia sangat mementingkan ahli keluarga.
"Kali terakhir saya bertemu dengan arwah pada Ahad ketika makan-makan di rumahnya di Flat Sri Pulau Pinang, Cheras, Luala Lumpur dan dia tidak menunjukkan sebarang perubahan atau kelakuan pelik," katanya ketika ditemui di Hospital Putrajaya ketika melawat arwah pada Rabu.
Dalam masa sama, beliau berkata, arwah birasnya yang merupakan pembantu am di Mahkamah Ampang seorang yang periang dan ringan tulang.
Sementara itu, ibu mangsa dilaporkan pitam di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Putrajaya ketika mahu melawat mangsa dan dilihat hanya terbaring lemah di dalam kereta serta ditenangkan oleh ahli keluarga.
Anak mangsa yang dikenali sebagai Iman pula dilihat sebak dan menitiskan air mata atas pemergian ayahnya yang dipanggil baba.
Dalam kejadian tersebut Allahyarham Yuswar dipercayai dari Mahkamah Ampang ke Istana Kehakiman Putrajaya atas tujuan kerja.
Akibat kejadian tersebut, arwah meninggalkan seorang anak lelaki berusia 12 tahun.
Dalam kejadian pada Rabu, sebuah lori dipercayai telah mengubah laluan dari lorong tengah ke kiri sebelum merempuh 11 buah kenderaan termasuk sebuah motosikal pengiring polis dalam nahas di Kilometer 5.7 Jalan Persiaran Utara di sini pada Rabu.
Kejadian kira-kira jam 10.14 pagi itu melibatkan enam kereta, dua lori, tiga motosikal dan sebuah motosikal polis trafik, dengan satu daripada lori terlibat dipercayai melanggar kenderaan yang sedang berhenti dalam barisan di jalan tersebut.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, akibat kemalangan itu dua individu maut di tempat kejadian. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#Putrajaya
#treler langgar kereta
#konvoi PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan