Nahas SUV jatuh gaung: Pasukan penunda angkat beban lebih 2 tan dari kedalaman 61 meter

Operasi menaikkan SUV terjunam gaung selesai kira-kira jam 6.30 petang pada Sabtu. Foto: Mim Autoparts - Gambar kecil (Mohd Izani)
HULU TERENGGANU: Operasi membawa naik sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang terjunam ke dalam gaung sedalam 61 meter di Kilometer 52, Jalan Kuala Jeneris–Sungai Gawi–Aring (Bukit Kawah) merupakan antara tugasan paling mencabar pernah dilakukan oleh sebuah syarikat penunda kenderaan di daerah ini.
Ringkasan AI
- Operasi menaikkan SUV yang terjunam ke dalam gaung setinggi 61 meter di Kilometer 52, Jalan Kuala Jeneris-Sungai Gawi-Aring dianggap sebagai tugasan paling mencabar yang pernah dilakukan oleh sebuah syarikat penunda kenderaan. Operasi bermula pada jam 2 petang Sabtu dalam keadaan hujan lebat, menyebabkan tanah longgar dan risiko tinggi akibat beberapa kali runtuhan tanah di kawasan tersebut.
- Pengusaha Mohd Izani Mohd Rahim, 46, menyatakan bahawa tanah di kawasan itu lembut dan mudah runtuh, dengan keadaan curam dan bongkah batu besar yang menyukarkan pergerakan. Operasi melibatkan enam petugas dan dua kren penunda dengan sokongan kabel khas, dengan kos kira-kira RM4,000 ditanggung oleh ahli keluarga mangsa.
- Lokasi di Bukit Kawah dikenali sebagai kawasan berisiko tinggi, sering mencatatkan kejadian kemalangan maut disebabkan jalan yang rosak dan tidak selamat. Sebuah SUV Toyota Fortuner terjunam ke dalam gaung, meragut dua nyawa, Hassan Shazali, 52, dan Suzaimah Che Azis, 34, yang dikebumikan pada hari kejadian di dua lokasi berbeza.
"Selain cabaran cuaca, tanah di kawasan itu sangat lembut dan mudah runtuh. Keadaan yang terlalu curam ditambah dengan bongkah batu besar menyukarkan pergerakan kami.
“Kami menggunakan dua kren penunda dengan sokongan kabel khas untuk menarik kenderaan yang dianggarkan seberat dua tan.
"Apabila tanah melekat dan dipenuhi lumpur, beban keseluruhan yang perlu dinaikkan boleh mencecah lebih dua tan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini pada Ahad.
Beliau berkata, seramai enam petugas terlibat dalam operasi itu, termasuk tiga yang terpaksa turun ke dasar gaung bagi memasang kabel pada SUV berkenaan.
"Sebelum operasi dimulakan, kami telah melakukan solat hajat memohon agar usaha membawa naik SUV itu berjalan lancar.
"Ketika menarik keluar kenderaan tersebut, kami berdepan situasi cemas apabila tanah beberapa kali bergelongsor dan runtuh. Mujurlah kami berjaya bertahan dan dapat membawa naik kenderaan kira-kira jam 6.30 petang," ujarnya.
Mengulas mengenai kos operasi, Izani berkata, ia melibatkan kira-kira RM4,000 dan ditanggung oleh ahli keluarga mangsa.
Katanya, SUV tersebut kemudiannya dibawa menggunakan trak tunda ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut.
Izani, yang berpengalaman lebih 16 tahun dalam kerja-kerja penundaan, berkata lokasi kemalangan itu sememangnya dikenal pasti sebagai kawasan berisiko tinggi.
"Jalan di situ banyak yang rosak dan permukaannya tidak rata. Walaupun ada penghadang batu dipasang, tidak semua bahagian dilindungi.
"Mungkin pemandu tidak menyedari bahawa jalan itu terputus dan tidak sesuai dilalui semua jenis kenderaan," katanya.
Beliau turut memaklumkan bahawa kawasan Bukit Kawah pernah mencatatkan kejadian kemalangan maut beberapa tahun lalu, termasuk melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Vios yang meragut tiga nyawa.
"Kawasan ini memang kerap merekodkan kemalangan disebabkan faktor jalan yang tidak selamat, bukannya kerana haiwan liar atau faktor lain," katanya.
Sinar Harian pada Jumaat melaporkan sebuah SUV jenis Toyota Fortuner yang dinaiki seorang guru, Hassan Shazali, 52, dan Suzaimah Che Azis, 34, terjunam ke dalam gaung dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang.
Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.
Jenazah Hassan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kedai Menanti, Pasir Puteh pada jam 9.10 malam, manakala jenazah Suzaimah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lebir, Gua Musang pada jam 9.26 malam, Sabtu. -Sinar Harian
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah kedalaman gaung di Kilometer 52, Jalan Kuala JenerisSungai GawiAring (Bukit Kawah) di mana SUV terjunam? A: SUV terjunam ke dalam gaung sedalam 61 meter di Kilometer 52, Jalan Kuala JenerisSungai GawiAring (Bukit Kawah).
- Q: Berapakah anggaran berat kenderaan SUV yang perlu dinaikkan semasa operasi penyelamatannya? A: Kenderaan SUV tersebut dianggarkan seberat dua tan dan beban keseluruhan yang perlu dinaikkan mungkin mencecah lebih dua tan semasa operasi penyelamatannya.
- Q: Apakah kos yang dikeluarkan untuk operasi menaikkan SUV yang terjunam ke dalam gaung tersebut? A: Kos operasi menaikkan SUV tersebut melibatkan kira-kira RM4,000 dan ditanggung oleh ahli keluarga mangsa.
- Q: Mengapa kawasan Bukit Kawah sering menjadi tempat berlakunya kemalangan maut? A: Bukit Kawah sering menjadi tempat berlakunya kemalangan maut disebabkan oleh faktor jalan yang tidak selamat, termasuk keadaan jalan yang rosak, tidak rata, dan terdapat bahagian yang tidak dilindungi dengan sempurna.
- Q: Apa yang berlaku kepada kedua-dua mangsa yang berada dalam SUV yang terjunam ke dalam gaung? A: Kedua-dua mangsa, Hassan Shazali dan Suzaimah Che Azis, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah. Jenazah mereka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kedai Menanti, Pasir Puteh, dan Tanah Perkuburan Islam Kampung Lebir, Gua Musang.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

