awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas Terowong Menora: Polis kesan pemandu kereta langgar ibu hamil

Bernama
Bernama
03/04/2025
11:20 MYT
Nahas Terowong Menora: Polis kesan pemandu kereta langgar ibu hamil
Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata pihaknya bersama PLUS masih mengesan kenderaan berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan. - Gambar fail/Bernama
IPOH: Polis sedang mengesan pemandu kereta yang dipercayai telah terlanggar seorang ibu hamil di Kilometer 264 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala ke selatan, berhampiran Terowong Menora, Ipoh pada Ahad lepas, bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata pihaknya bersama PLUS masih mengesan kenderaan berkenaan dan siasatan lanjut dijalankan termasuk dakwaan berlakunya kecurian barang milik mangsa sewaktu kejadian terbabit yang tular dalam media sosial.
"Kita sebenarnya dalam siasatan lagi dan sedang mencari dia (pemandu), (dipercayai) bukanlah langgar lari mungkin dia (pemandu) tidak sempat nak mengelak.
"Jadi, kita dengan PLUS cuba nak tengok nombor plat kenderaan menerusi CCTV (kamera litar tertutup) dan perkara itu masih dalam siasatan kami," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata pihaknya berharap pemandu kenderaan berkenaan tampil bagi membantu siasatan dan kenyataan media akan dikeluarkan apabila maklumat lengkap diperoleh.
Terdahulu, tular video kemalangan menunjukkan sebuah kenderaan melanggar Nur Fatihah Badrul Hisyam, 25, yang sebelum itu terlibat dalam kemalangan setelah kereta yang dinaiki bersama suami dan anaknya terbabas di lokasi kejadian.
Dalam video berkenaan dipercayai kelihatan sebuah kenderaan yang melanggar mangsa tidak berhenti untuk memberikan bantuan, sebaliknya meneruskan perjalanan.
Dalam kejadian itu, mangsa serta bayi di dalam kandungan yang berusia lapan bulan dan seorang lagi anak mangsa berusia kira-kira dua tahun, Naira Falisya Abdul Rahman dilaporkan meninggal dunia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#langgar ibu hamil
#Terowong Menora
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan