awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Naib presiden kanan GLC didakwa mencabul kanak-kanak

Astro Awani
Astro Awani
12/03/2013
15:10 MYT
Naib presiden kanan GLC didakwa mencabul kanak-kanak
Seorang naib presiden kanan, syarikat milik kerajaan (GLC) di Johor dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan mencabul.
Christopher Shun Kok Leng, 48 tahun didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru mencabul seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun.
Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah.
Christopher, naib presiden kanan Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar, didakwa melakukan kesalahan itu pada 4 Mac lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah sekolah rendah di Johor Bahru kira kira jam 7.20 malam.
Dia didakwa mencabul kehormatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara hingga 10 tahun atau denda atau sebatan.
Timbalan Pendakwaraya Afif Ali memohon jaminan lapan ribu ringgit dikenakan terhadap tertuduh.
Majistret Mohd Azlan Shah bagaimanapun membenarkan tertuduh diikat jamin dua ribu ringgit dengan seorang penjamin.
Kes akan disebut semula pada 27 Mac ini.
Topic Berkaitan
#cabul
#christopher shun kok leng
#Johor Bahru
#mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan