Tun Daim Zainuddin mempersoalkan sama ada wakil khas bekas perdana menteri, yang bertindak secara sendirian telah terlibat dalam perbincangan dan rundingan terus bagi kontrak Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang lama.
"Adakah wakil peribadi bekas PM atau adakah wakil rasmi Kerajaan, seperti yang sepatutnya dalam kes ini," katanya.
Daim bertanya sama ada wakil peribadi berunding secara terus dengan China dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC), menyebabkan perjanjian ECRL yang lama ditandatangani pada kos amat tinggi dan tanpa ketelusan dan akauntabiliti kepada rakyat.
"Adakah ia disediakan oleh EPU seperti sepatutnya dalam kes ini, atau adakah EPU hanya diarahkan untuk menerima kertas cadangan yang disediakan oleh agensi lain?" soalnya.
Daim, yang juga duta khas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke China untuk merundingkan semula kontrak ECRL yang lama, membangkitkan persoalan ini sebagai respons kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang jelas amat aktif di laman sosial dalam mempertahankan perjanjian yang ditandatangani oleh pentadbirannya.
Bekas perdana menteri telah "mengabaikan nasihat baik" daripada agensi kerajaannya sendiri -- iaitu EPU -- dengan mempertaruhkan rakyat dalam mendesak bagi projek ECRL yang lama pada kos amat tinggi iaitu RM65.5 bilion, kata Daim dalam temu bual dengan Bernama baru-baru ini.
"Apakah EPU tidak menyatakan dengan jelas bantahan dan kebimbangannya berhubung kertas yang dibentangkan kepada Kabinet, dan kenapa bantahan dan kebimbangan berkenaan diabaikan -- mungkin bekas perdana menteri dan menteri bertanggungjawab ke atas EPU dapat memberi pencerahan kepada kita.
"Bekas PM berkata beliau ada 'keraguan' mengenai perjanjian ECRL yang baharu.
"Saya ingin mengingatkan beliau bahawa seluruh Malaysia mempunyai lebih banyak 'keraguan' mengenai perjanjian ECRL yang lama - konsepnya yang kabur, kurang ketelusan, kurang integriti, kelulusan tergesa-gesa, butiran tidak jelas, kos amat tinggi, tiada akauntabiliti kepada rakyat, lain-lain lagi," katanya.
Daim berkata terdapat beberapa cubaan untuk menjustifikasikan perjanjian ECRL yang lama sepertimana yang dicadangkan oleh kajian McKinsey yang dibentangkan kepada Majlis Ekonomi pada 2015 dan 2016.
"Saya telah dimaklumkan oleh pihak yang boleh dipercayai bahawa kajian yang mencadangkan jajaran ECRL dari Tumpat ke Gombak dan projek itu akan dilaksanakan secara berfasa dalam tempoh 18 tahun dengan kos RM47 bilion.
"Ini sudah tentu membabitkan pulangan ekonomi yang rendah dan oleh itu laporan mencadangkan fasa 1 adalah dari Mentakab ke Dungun dan dibina untuk trafik penghantaran sahaja.
"Namun, kita semua tahu apa yang berlaku. Bekas PM sebaliknya menandatangani perjanjian ECRL dengan kos RM66.7 bilion dan memutuskan untuk melaksanakannya sekali gus," katanya.
Lagipun, dalam dapatan dan cadangan bagi kajian pasaran ECRL yang dilaksanakan oleh SPAD (Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat) pada Jun 2016, responden telah meminta tempoh 24 bulan untuk menyediakan hujahan bidaan, katanya.
"Namun, kerajaan BN memilih untuk memberikan projek itu dalam masa hanya dua bulan kemudiannya pada Ogos 2016 menerusi pemberian terus (dan) ini juga disebalik minat yang ditunjukkan beberapa pembida lain.
"Kenapakan Menteri Kewangan ketika itu - yang juga merupakan bekas PM - bersetuju kepada bayaran pendahuluan 15 peratus kepada CCCC untuk projek ECRL kerana ini tidak pernah berlaku sebelum ini berikutan kerajaan sentiasa menetapkan bayaran pendahuluan sebanyak 5-10 peratus, yang biasanya dihadkan kepada kontrak melibatkan penyediaan bekalan.
"Malah syarikat-syarikat Bumiputera tidak diberikan keistimewaan seumpama itu. Kenapa tergesa-gesa di pihak bekas PM untuk membayar lebih RM10 bilion kepada CCCC?
"Kita perlu bertanya kepada beliau apa motif beliau di sebalik semua perkara ini," katanya.
Daim, selepas sembilan bulan berusaha keras, berjaya merundingkan semula perjanjian tambahan bagi ECRL dengan harga dikurangkan agak banyak iaitu RM44 bilion, kurang 32.8 peratus atau RM21.5 bilion berbanding harga lama RM65.5 bilion.
Beliau berkata ada kemungkinan harga dapat dikurangkan lagi pada perbincangan teknikal di masa depan antara pemilik projek Malaysia Rail Link Sdn Bhd dan CCCC.
Daim berkata: "Apa yang kita ada sekarang dengan perjanjian ECRL yang baharu adalah ianya telus, bertanggungjawab dan boleh dipercayai dengan semua fakta dan angka disediakan untuk pengetahuan orang ramai."
ECRL tidak lagi diselubungi rahsia, dipenuhi kontroversi atau diliputi elemen tidak perlu dan amat mahal, tegasnya.
"Ia kini projek yang berfungsi pada kadar lebih mampu untuk berkhidmat kepada rakyat, yang kepentingan mereka menjadi keutamaan apabila mengusahakan dan meluluskan sebarang inisiatif Kerajaan,"katanya.
Bagi menjawab tuduhan bahawa perjanjian ECRL yang ditambah baik itu bukan perkara besar sebenarnya, Daim berkata, "Saya mendapati tidak berbaloi untuk berhujah dengan mereka yang tidak bercakap secara munasabah dan sebaliknya lebih suka menyebarkan berita palsu, sepertimana yang dilakukan bekas PM kebelakangan ini. Saya lebih suka mendengar pendapat pakar dan berhujah secara logik."
Bernama
Sun Apr 21 2019
Daim berkata terdapat beberapa cubaan untuk menjustifikasikan perjanjian ECRL yang lama sepertimana yang dicadangkan oleh kajian McKinsey yang dibentangkan kepada Majlis Ekonomi pada 2015 dan 2016. --fotoBERNAMA
TPM Fadillah bincang pengurusan air lestari dengan Bank Dunia, UNECE di Bali
Fadillah mengadakan perbincangan dua hala dengan Bank Dunia dan United Nations Economic Commission for Europe (UNECE).
Polis terima laporan kes gaduh libat anak bekas Exco Pulau Pinang
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai pergaduhan melibatkan beberapa individu di sebuah kafe di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini pada 13 Mei lalu.
Konsert Dato' M.N45ir Cipta bakal gegar Axiata arena 10 Ogos
Maestro muzik tersohor, Datuk M Nasir akan tampil dengan Konsert Dato' M.N45ir Cipta yang dijadualkan berlangsung pada 10 Ogos depan.
Lebih 569 tan bantuan dihantar melalui jeti sementara ke Gaza - AS
Lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan telah dihantar melalui jeti sementara ke Gaza sejak ia mula beroperasi minggu lepas.
Nama lain, kes libat lelaki Israel mungkin dilakukan orang lain - Peguam
Peguam berkata, menerusi pasport Perancis yang digunakan untuk memasuki Malaysia, nama anak guamnya ialah Shalom Avitan, namun dalam kertas pertuduhan tertulis, Avitan Shalom.
Didiagnosis dengan ‘mild depression’, Dina Nadzir hilang kawan
Penyanyi dan penyampai radio, Dina Nadzir berkongsi bahawa dirinya kehilangan beberapa orang rakan dalam hidupnya selepas didiagnosis dengan kemurungan.
Kepimpinan Iran: Apa jadi selepas ini?
Bersama Prof Dr Mohd Roslan Mohd Noor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, UM.
Maritim Perak rampas 61 set bubu naga bernilai RM4,000
Maritim Negeri Perak rampas sebanyak 61 set bubu naga bernilai lebih RM4,000 di sekitar Pulau Talang dan Pantai Remis, Lumut semalam.
[TERKINI] Kes Avitan Shalom miliki senjata, peluru bermula 30 September
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan sembilan hari bermula 30 September perbicaraan seorang lelaki, Avitan Shalom.
Carta aliran wang Touch n Go eWallet mudahkan pengguna pantau perbelanjaan
Ia memaparkan satu carta perbelanjaan, memudahkan pengguna melihat ke manakah perbelanjaan mereka setiap bulan mengikut kategori.
PRK KKB: Bukan kali pertama BN berkempen untuk calon wakili Kerajaan Perpaduan - Zambry
BN dan PH pernah bersama dalam beberapa siri PRK sebelum ini termasuk Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram di Johor dan terbaharu di DUN Kuala Kubu Baharu.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.