awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia rendah pada sesi awal seiring Wall Street, tiada pemangkin baharu
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat, Johor berkurang pagi ini
Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib diberi amaran keras oleh mahkamah, berhenti serang Zeti Akhtar di Facebook

Bernama
Bernama
07/01/2021
08:58 MYT
Najib diberi amaran keras oleh mahkamah, berhenti serang Zeti Akhtar di Facebook
Datuk Seri Najib Tun Razak diberi amaran agar tidak mengulangi "serangan secara maya" terhadap bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR:Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengeluarkan amaran keras kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar tidak mengulangi "serangan secara maya" terhadap bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.
Dalam keputusannya, Hakim Collin Lawrence Sequerah berkata walaupun tidak ada keperluan untuk mahkamah mengenakan "gag order" (perintah sekatan) terhadap Najib, Ahli Parlimen Pekan itu harus berhenti membuat kenyataan berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seolah-olah perbicaraan itu berlangsung dalam domain awam.
"Sehubungan itu, mahkamah ini mengeluarkan amaran keras kepada tertuduh agar tidak mengulangi perbuatannya dan mahkamah akan mengambil apa juga tindakan yang perlu bagi melindungi integriti institusi ini," kata hakim.
Mahkamah membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan pada Selasa menggesa mahkamah mengenakan amaran keras terhadap Najib kerana melakukan "serangan" ke atas Zeti yang merupakan seorang saksi dalam kes 1MDB, menerusi Facebook beliau.
Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram membangkitkan isu itu susulan kenyataan Najib dalam hantaran menerusi Facebooknya pada 29 Dis lepas mendakwa Zeti menerima wang daripada 1MDB.
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#amaran keras
#Mahkamah Tinggi
#bekas perdana menteri
#bekas Gabenor Bank Negara
#Dr Zeti Akhtar Aziz
#1MDB
#serangan maya
#gag order
#Facebook
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan