Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka dipanggil sekali lagi untuk memberi keterangan kepada polis hari ini.

Memetik sumber yang enggan dikenali, Najib telah diminta hadir ke Menara 238 di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pagi Khamis.

Najib pada Isnin tampil memberi keterangan selama sejam kepada polis mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.

Najib didakwa atas tiga tuduhan mengubah wang haram mengikut AMLA 2001 selain empat tuduhan pindaan lain berkaitan dana berjumlah RM42 juta dari bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd, yang ditemui dalam akaun peribadinya.