Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengingatkan Datuk Seri Najib Razak supaya tidak lagi membuat catatan di media sosial berkaitan keterangan dalam perbicaraan kesnya yang melibatkan dana SRC International Sdn Bhd sehingga Isnin ini kerana tindakan itu boleh membawa kepada penghinaan mahkamah.
Terdahulu, Peguam Negara Tommy Thomas memohon supaya bekas perdana menteri itu membuat permohonan maaf tanpa syarat berhubung catatannya di Facebook mengenai perbelanjaan kad kreditnya kerana tindakannya itu boleh membawa kepada sub judice (sedang dipertimbangkan oleh mahkamah, oleh itu tidak boleh diperkatakan di khalayak ramai).
Thomas merujuk kepada catatan Najib di Facebook mengenai keterangan saksi pendakwaan ke-47 pada 15 Julai bahawa dua kad kredit milik Najib digunakan untuk membelanjakan RM3.3 juta dalam sehari, di De Grisogono, butik barang kemas mewah, di Itali pada 2014.
Peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menjelaskan bahawa beliau tidak dapat menerima arahan daripada anak guamnya dan dengan itu memerlukan masa untuk menyediakan hujahan mengenai perkara itu.
Muhammad Shafee berkata tindakan anak guamnya itu tidak sub judice kepada perbicaraan, bagaimanapun beliau berkata pihak pembelaan perlu meneliti perkara itu.
"Media mungkin tidak melaporkan gambaran keseluruhan kes itu. Mereka nampaknya selektif dalam penulisan mereka, memilih terhadap apa yang mereka mahu tulis," katanya sambil menambah bahawa beliau akan berunding dengan Najib mengenai perkara itu.
Thomas kemudian meminta Najib berjanji untuk tidak berbuat demikian sehingga mahkamah mendengar hujah pada Isnin.
Muhammad Shafee berkata sebelum ini semasa Najib didakwa, pihak pembelaan memohon satu perintah untuk melarang media dan orang awam daripada membincangkan merit kes berkenaan tetapi dibantah pendakwaan.
"Sekarang mereka mahu anak guam saya berjanji untuk tidak menyiarkan apa-apa kenyataan, yang bertentangan," katanya.
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali berkata beliau akan mendengar hujahan mengenai perkara itu pada Isnin.
Najib, 66, menghadapi tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, satu pertuduhan salah guna kuasa dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Perbicaraan bersambung Isnin ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 18 2019
Thomas meminta Najib berjanji untuk tidak berbuat demikian sehingga mahkamah mendengar hujah pada Isnin. - Gambar fail
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Najib diminta tidak buat kenyataan berkaitan perbicaraan di FB, dikhuatiri sub judice
Peguam Negara memohon supaya Najib membuat permohonan maaf tanpa syarat berhubung catatannya di Facebook mengenai perbelanjaan kad kreditnya.