Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI) menyertai program Sekretariat Pelan Tindakan Masyarakat India yang dikendalikan oleh Pejabat Perdana Menteri.
Beliau berkata sekretariat itu telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan pelan tindakan pembangunan untuk masyarakat India di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas, dengan matlamat untuk meningkatkan taraf hidup.
"Kerajaan saya sentiasa memberi keutamaan kepada masyarakat India Malaysia, dan kami menyediakan banyak program untuk menangani keperluannya.
"Kerajaan terus melabur dalam masyarakat India, sebahagian besarnya diselaraskan oleh unit strategik yang ditubuhkan di bawah pejabat saya Sekretariat Untuk Memperkasakan Usahawan India, atau SEED," katanya dalam ucapan pada majlis makan malam ulang tahun ke-65 MAICCI di sini malam tadi.
Setakat ini, Sekretariat SEED, yang bertanggungjawab untuk bidang ekonomi, memudahcarakan pinjaman lebih RM711 juta melalui skim seperti TEKUN dan Amanah Ikhtiar.
Sekretariat tersebut turut membiayai perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di bawah pelbagai agensi kerajaan seperti SME Bank dan Malaysian Industrial Development Finance Bhd, yang memberi manfaat kepada lebih 24,000 usahawan kaum India Malaysia, katanya.
Selain SEED, Najib berkata kerajaan turut menubuhkan Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan bagi Masyarakat India, Pelan Tindakan Masa Depan Sekolah Tamil dan Unit Khas Pembangunan Sosio Ekonomi Masyarakat India.
"Jika ada masyarakat India yang tidak mendapat pekerjaan, dibezakan dari segi peluang perniagaan, atau dipinggirkan untuk mendapat pendidikan - ia bukan hanya masalah untuk masyarakat India yang perlu ditangani oleh hanya pertubuhan yang melindungi hak kaum India.
"Ia adalah masalah Malaysia, dan perlu diselesaikan dalam konteks itu. Bagi jangka masa panjang, apa yang kita perlukan adalah mekanisme yang berfungsi untuk semua kaum," katanya.
Bagi memenuhi keperluan perniagaan masyarakat India di negara ini, Najib berkata kerajaan mewujudkan serampang dua mata, termasuk langkah untuk membantu perusahaan mikro, membawa masyarakat itu kepada ekonomi arus perdana dan menyumbang kepada pertumbuhan.
Beliau menambah kerajaan juga mempunyai pendekataan bersasar untuk membantu syarikat yang berinovasi dan mempunyai pertumbuhan tinggi bagi memanfaatkan potensi penuh mereka dan berintegrasi dalam pasaran global.
"Kita akan sentiasa menjaga adat dan nilai masyarakat India seperti kita menjaga seluruh rakyat Malaysia. Kepelbagaian kita adalah kekuatan kita, dan masyarakat India di negara ini sentiasa dan akan terus melengkapi satu bahagian penting dalam kepelbagaian tersebut," katanya.
Bernama
Sun Oct 18 2015
Setakat ini, Sekretariat SEED, yang bertanggungjawab untuk bidang ekonomi, memudahcarakan pinjaman lebih RM711 juta melalui skim seperti TEKUN dan Amanah Ikhtiar. - Gambar Fail
Nahas skuter elektrik meningkat di Jepun selepas peraturan dilonggar
Dalam tempoh enam bulan sejak Julai lepas, 85 nahas lalu lintas melibatkan skuter elektrik dicatatkan dan mengakibatkan 86 kecederaan.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia untuk lawatan rasmi, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan tiba di Jakarta pada Ahad untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
'Tersentuh tengok golongan OKU penglihatan tunai umrah’ - Mohd Na’im
"Moga terkabul segala hajat sahabat-sahabat OKU penglihatan menunaikan ibadat umrah dan ziarah."
PM Anwar yakin terhadap IsDB dalam tangani ketidaksamaan, marginalisasi umat Islam
Bank itu mempunyai peranan untuk menangani isu ketidakadilan, ketidaksamaan dan marginalisasi terutamanya dalam kalangan umat Islam.
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
Pembiayaan mikro tidak dipotong dalam bajet 2016
Kerajaan tidak mengurangkan bajet untuk aktiviti pembiayaan mikro dalam pengubahsuaian Bajet 2016 yang bakal dibentangkan 28 Januari ini.
Najib gesa MAICCI sertai sekretariat pelan tindakan masyarakat India
Beliau berkata sekretariat itu telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan pelan tindakan pembangunan untuk masyarakat India di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas.