"Meeting Twitter CEO@dickc at Twitter HQ" dan "Great Session at Twitter HQ. A wonderful platform to engage with Malaysians n the Global Community".
("Berjumpa CEO Twitter@dickc di Ibu pejabat Twitter" dan "Sesi Hebat di Ibu pejabat Twitter. Platform menarik untuk berhubung dengan rakyat Malaysia dan komuniti global".)
Dua mesej ini dihantar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi akaun Twitternya @NajibRazak ketika berada di ibu pejabat Twitter di Market Street, di sini pada Isnin.
Najib yang turut menyertakan gambar beliau berjabat tangan dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Twitter Dick Costolo, menghantar mesej berkenaan menggunakan telefon pintarnya, dan disaksikan oleh Costolo.
Gambar itu menunjukkan Najib dan Costolo berjabat tangan dengan logo korporat Twitter berwarna biru sebagai latar belakang.
Terdahulu, Najib yang tiba di ibu pejabat Twitter kira-kira pukul 10 pagi dibawa meninjau di sekitar pejabat itu oleh pegawai kanan syarikat.
Menurut kenyataan media Perbadanan Pembangunan Multimedia Malaysia (MDeC), Najib kemudian bermesyuarat bersama-sama Costolo dan pihak pengurusan kanan syarikat itu.
Turut mengiringi Najib dalam lawatan itu ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh dan CEO serta pegawai kanan beberapa buah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Twitter merupakan perkhidmatan jaringan sosial dalam talian dan 'mikroblogging' yang membolehkan pengguna menghantar dan membaca 'tweet', iaitu mesej teks yang terhad kepada 140 aksara.
Perkhidmatan itu dibangunkan oleh Jack Dorsey pada Mac 2006 dan dilancar empat bulan kemudian pada Julai. Sistem itu meraih populariti dengan pantas dan pada 2012 sahaja mempunyai 500 juta pengguna berdaftar yang memaparkan 340 juta 'tweet' (mesej) sehari dan sekarang merupakan antara 10 laman sosial paling dilayari di dunia.
Najib ialah antara beberapa pemimpin dunia yang dikatakan paling aktif 'tweeting' (menghantar mesej).
"Saya guna Twitter untuk berhubung dengan rakyat Malaysia, di tanah air dan juga di luar negara," Najib dipetik berkata dalam mesyuarat itu oleh MDeC.
"Memahami kehendak dan sentimen rakyat membantu saya dan pasukan saya menggubal dasar yang lebih baik bagi menangani isu membabitkan semua rakyat Malaysia," katanya.
Rasa ingin tahu Najib mengenai bagaimana 'Data Besar' boleh diguna untuk meningkatkan kelestarian dan keterangkuman dalam kalangan rakyat Malaysia, mendorong beliau mengadakan lawatan kerja ke ibu pejabat Twitter itu.
Dalam lawatan itu, Najib dirai oleh Costolo yang turut menyampaikan taklimat mengenai 'impak media sosial terhadap sistem penyampaian kerajaan', 'media sosial dan data beranalisis', serta 'Twitter dan keusahawanan sosial'.
Perdana menteri juga mendengar taklimat mengenai penggunaan Twitter dalam penyampaian bantuan bencana selain untuk tujuan mengesan dan meramal, menurut kenyataan itu.
Najib juga berminat dalam penggunaan media sosial untuk berhubung dengan rakyat di Asia Tenggara apabila Malaysia menjadi pengerusi pertama Komuniti Asean pada 2015.
Perbincangan di ibu pejabat Twitter itu turut menyentuh potensi gergasi media sosial berkenaan dalam inisiatif Silicon Valley Connect, MSC Malaysia dan pembabitan syarikat Malaysia dalam 'Twitter's Certified Partner Programme'.
Najib yang pada masa ini mempunyai 'pengikut Tweet' terbanyak di Malaysia, menghantar mesej kepada 1.7 juta pengikutnya pada penghujung lawatan beliau di ibu pejabat Twitter itu.
Bernama
Tue Sep 24 2013
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pelajar Malaysia di Syria selamat
Pelajar Malaysia di Syria maklumkan mereka dalam keadaan selamat.
Raja Permaisuri Agong berkenan lawat Hospital Orang Asli Gombak
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan melawat Hospital Orang Asli Gombak (HOAG) hari ini.
Tahun Baharu Cina: Keluarga dibenar lawat penghuni penjara pada 12 dan 13 Feb
Keluarga semua penghuni penjara dibenar membuat lawatan perjumpaan sempena sambutan Tahun Baharu Cina bermula 12 hingga 13 Feb ini.
Nilai tambah pada logo Tahun Melawat Malaysia 2020
Menterinya Mohammaddin Ketapi berkata pihaknya mempunyai masa yang panjang untuk berbuat demikian sekiranya perlu sebelum logo itu digunakan dua tahun dari sekarang.
"Itu tak baik" - Tun M
Dr Mahathir menjelaskan beliau batalkan hasrat untuk melawat makam Allahyarham Datuk Nik Aziz kerana enggan dituduh ingin ambil kesempatan.
Tiada permohonan Tun M mahu jumpa Anwar - KP Penjara
Kelulusan berjumpa atau tidak mana-mana individu dengan banduan tertakluk kepada undang-undang sedia ada.
Kerajaan yakin sasaran 28 juta pelancong lawat Malaysia tercapai
Sasaran kehadiran 28 juta pelancong ke Malaysia tahun ini diyakini tercapai walaupun negara berdepan dengan beberapa insiden, termasuk serangan pengganas di Sabah dan tragedi membabitkan pesawat MAS.
Najib hantar 'tweet' dari ibu pejabat Twitter
Najib yang turut menyertakan gambar beliau berjabat tangan dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Twitter Dick Costolo.