awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib harap Masjid Jamek Kampung Baru jadi bangunan ikonik

Bernama
Bernama
18/06/2016
05:12 MYT
Najib harap Masjid Jamek Kampung Baru jadi bangunan ikonik
Najib Tun Razak (empat, kiri) mengaminkan doa selepas solat Asar di Masjid Jamek Kampung Baru petang ini. -foto Bernama
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap Masjid Jamek di Kampung Baru di sini akan menjadi bangunan ikonik dan tumpuan utama di kawasan itu seiring dengan pembangunan semula Kampung Baru.
Dalam catatan di Facebooknya, beliau turut menzahirkan rasa gembira dengan perkembangan masjid itu yang kini mampu memuatkan sehingga 11,000 jemaah.
"Alhamdulillah sempat solat Asar di Masjid Jamek Kampung Baru semalam. Saya gembira lihat Masjid Jamek ini sekarang semakin indah dengan keluasannya juga kini lebih besar, mampu muatkan sehingga 11,000 jemaah berbanding 8,000 dulu.
"Insya-Allah, Masjid Jamek ini kelak akan jadi bangunan ikonik dan tumpuan utama di Kampung Baru," katanya.
Menerusi catatan itu, Najib turut berkongsi tiga keping gambar beliau bersalaman dengan jemaah, serta struktur dalaman masjid berkenaan.
Turut dimuat naik klip video berdurasi 1 minit 59 saat di masjid sama selain tinjauan beliau di Bazar Ramadan di Jalan Raja Alang, Kampung Baru dan kesempatan beramah mesra dengan golongan peniaga dan orang ramai.
"Saya yakin dan percaya dalam beberapa tahun akan datang ini kita akan melihat wajah baharu Kampung Baru ini yang boleh menjadi kebanggaan seluruh negara," katanya di dalam video itu.
Dalam lawatannya itu, perdana menteri turut tidak ketinggalan mengagihkan bubur lambuk sumbangan beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor kepada orang ramai di pekarangan Masjid Jamek.
Topic Berkaitan
#masjid jamek kampung baru
#najib
#pembangunan semula Kampung Baru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan