Hospital Kuala Lumpur (HKL) perlu meneruskan usaha meningkatkan tahap kepuasan pelanggan jika ia mahu menjadi salah sebuah pusat perubatan bertaraf antarabangsa.
Menurut Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, selain menyediakan pakar dan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, elemen keselesaan pengunjung juga perlu dititik beratkan.
Beliau berucap sewaktu merasmikan Kompleks Pakar dan Rawatan Harian HKL (SCACC) , satu lagi usaha menaiktaraf kemudahan di HKL.
Najib berkata memandangkan HKL menjadi tumpuan warga kota dan rakyat Malaysia keseluruhannya, walaupun terdapat hospital-hospital baharu yang dibina berhampiran dengan kawasan tempat tinggal, masalah tempat letak kereta di sini wajar diberi perhatian.
"Saya cuma hendak sentuh dari segi orang ramai. Kita mesti jadikan hospital ini mesra pengguna dalam semua aspek. Antaranya, kesesakan di hospital ini, (dan) mencari tempat letak kereta, menjadi rungutan yang saya dengar, sebab itu saya tekankan mesti ada kemudahan tempat letak kereta bertingkat di sini sebab kalau tidak, berserabut keadaan.
"Orang letak kereta tidak tentu arah dan pekerja pun susah hendak cari parking. Kita mesti selesaikan dalam pakej yang akan dilaksanakan. Kalau ikut menteri JKR (Datuk Shaziman Abu Mansor), projek itu akan siap 2015. Kalau lebih cepat, lebih seronok sedikit," katanya.
Dalam pada itu, Najib berkata hasrat kerajaan ialah untuk melihat HKL menjadi sebuah hospital premier bertaraf dunia.
Katanya kerajaan memberi peruntukan yang besar sebanyak RM300 juta dalam Bajet 2012, khas untuk menaik taraf HKL.
"Dari sudut peribadi, sebagai bekas pesakit HKL sebanyak dua kali, maka saya ada perasaan dan sentimen untuk membantu HKL terus menyerlah dari segi kedudukannya sebagai hospital premier di dunia.
"Sebagai yang berpengalaman menjadi pesakit, melihat keadaan di hospital ini, dan saya merasakan kalau kerajaan boleh beri sedikit peruntukan, maka HKL boleh dinaiktaraf untuk mencapai status sebuah hospital premier.
"Oleh itu, tanpa memaklumkan pada pihak lain, dalam Bajet 2012, saya telah mengisytiharkan yang luar daripada jangkaan mana-manapun iaitu peruntukan RM300 juta. Hasrat saya untuk melihat bagaimana duit itu dibelanjakan dan sejauh mana pelaksanaannya," katanya.
Menurut Najib, adalah menjadi matlamat kerajaan untuk melihat setiap jabatan kerajaan merasakan ia ejen transformasi negara dan bersedia melakukan transformasi dari sudut dan bidang masing-masing.
Turut hadir pada majlis itu ialah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, dan Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor.
Pada majlis itu, Perdana Menteri turut melawat pameran, Wad 26 dan Wad CCU sebelum merasmikan Kompleks Pakar dan Rawatan Harian itu.
Kompleks itu merupakan bangunan lapan tingkat yang dibina di kawasan seluas 1.38 hektar menghadap Jalan Pahang. Ia menempatkan klinik-klinik merangkumi 16 disiplin rawatan dan perubatan serta 184 bilik perundingan.
Astro Awani
Thu Mar 14 2013
GRS Kekal Teruskan Kerjasama Dengan PH Sabah Hadapi PRN Ke-17 - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberi bayangan untuk kekal terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
Gabungan dalam kerajaan kana hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.
Operasi khalwat: Tidak wajar rakam guna kamera telefon peribadi - Peguam
Menurut Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang pegawai penguat kuasa agama hanya boleh membuat rakaman untuk tujuan siasatan atau prosedur mahkamah.
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Elaun kekal RM8 sehari, tak wajar bincang sekarang - Khaled
Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula bulan depan.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
Kongres Khas PKR lulus pindaan perlembagaan parti dengan sokongan lebih dua pertiga perwakilan
Kongres Nasional Khas PKR 2024 hari ini meluluskan kesemua pindaan perlembagaan berkaitan proses pemilihan parti.
SAPP keluar, PN Sabah lemah
Pada PRN Sabah 2018, PN memenangi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggunakan logo sendiri.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
RUU Antilompat Parti dapat kurangkan rasuah politik, kata Najib
RUU Antilompat Parti juga akan mengurangkan rasuah politik seperti tawaran jawatan atau wang ringgit.
Tajuddin dakwa Tok Mat belot untuk ganti Zahid
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendedahkan terdapat perjumpaan antara pemimpin parti itu untuk menjatuhkan Zahid Hamidi.
Anwar perjelas mengapa lambat ulas isu permohonan tanah RM100 juta oleh Najib
Kata Anwar sebelum itu perkara berkenaan belum disahkan kepada pihaknya, malah belum diketahui secara jelas dan ada yang mengatakan ianya hanya khabar angin.
Najib sindir tindakan Xavier keluar PKR
Ia susulan peletakan jawatan Xavier sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pengumuman keluar parti itu berkuatkuasa serta-merta pada Sabtu.
Arul Kanda tegaskan versi bercanggah dalam laporan kewangan 1MDB dikeluarkan
Ali seterusnya berkata Arul Kanda membantah perkara yang diketengahkan dalam laporan audit 1MDB oleh Jabatan Audit Negara.
Pinjaman AS$6 bilion dimohon menerusi 1MDB, Aabar Investments - Saksi
Bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu mahkamah bahawa pinjaman berjumlah AS$6 bilion akan dimohon menerusi usaha sama 1MDB dan Aabar.
Skandal Scorpene: Peguam penyiasat gesa kerjasama penuh Malaysia
Peguam warga Perancis, William Bourdon mahu kerjasama Malaysia-Perancis dipertingkat untuk rungkai skandal yang berlarutan lebih sepuluh tahun itu.
Nama Altantuya disebut dalam kontrak jualan Scorpene - Peguam
Apolline Cagnat mendakwa ia sedikit sebanyak memberi petunjuk bahawa penterjemah Mongolia itu mungkin terlibat dalam skandal pembelian kapal selam tersebut.
Najib, wawasan rakyat bukan bolot kekayaan untuk orang atasan - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menangkis kritikan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyifatkan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan tiada visi jelas.
Pengurusan kes Najib di Mahkamah KL
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kira-kira jam 2:45 petang bagi bersidang untuk pengurusan kes bagi pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.