awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib isytihar darurat di Muar dan Ledang

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
23/06/2013
03:54 MYT
Najib isytihar darurat di Muar dan Ledang
Kerajaan hari ini mengisytiharkan darurat bencana jerebu bagi seluruh daerah Muar dan Ledang berkuat kuasa serta-merta.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pengisytiharan itu dibuat memandangkan tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU) telah melebihi 500 iaitu tahap kecemasan.
“Saya mengisytiharkan keadaan darurat bencana jerebu bagi seluruh daerah Muar dan Ledang mulai dari tarikh pengisytiharan ini ke suatu masa pengisytiharan ini ditarik balik.
“Adalah perlu dijelaskan bahawa pengisytiharan darurat Bencana jerebu ini tidak melibatkan penguatkuasaan perintah berkurung dan juga tiada perubahan dalam corak dan sistem pemerintahan kerajaan negeri mahupun Persekutuan sekarang ini.
“Walau bagaimanapun, semua kementerian dan agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana jerebu di peringkat Persekutuan, Negeri dan Daerah hendaklah mengatur dan mengambil langkah-langkah yang perlu bagi menjamin keselamatan dan kesihatan awam sentiasa terpelihara,” kata Najib dalam satu kenyataan media hari ini.
Najib turut berkata satu garis panduan mengenai tindakan untuk menghadapi darurat bencana jerebu telah disediakan.
“Semua pihak hendaklan melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan berpandukan garis panduan tersebut,” katanya.
Setakat pukul 11 pagi ini, Muar mencatatkan paras kritikal iaitu 690.
Antara Garis Panduan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) ialah penasihatan penutupan pejabat atau premis kerajaan ataupun swasta dan lain-lain tempat bekerja termasuk kilang, ladang, kawasan pembinaan, kuari serta kerja-kerja tanah dan pemindahan tanah.
Semasa jerebu teruk yang berlaku pada tahun 1997, negeri Sarawak mencatat IPU 800 dan negeri itu diisytiharkan darurat jerebu selama hampir seminggu.
Semasa jerebu pada tahun 2005 pula, pengisytiharkan darurat jerebu dibuat di seluruh kawasan Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang selepas kedua kawasan tersebut masing-masing mencatatkan bacaan 531 dan 529.
Topic Berkaitan
#darurat
#indeks pencemaran udara (IPU)
#jerebu
#Muar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan